Pages

Friday, July 9, 2010

KuLiaH SeLePaS SoLaT Uni SePaNjaNg PeRjaLanaNku SeBagai SisWi

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 5:51 AM 0 SuRaT CiNta
assalamua'laikum warahmatullahi wabarokatuh...
^_^ coretan kuliah ini adalah semata2 kerana Allah kerana dalam kesempatan ini... daku ingin mencoret suatu nasihat yang turut daku pelajari daripada minggu orientasi pelajar... kuliah ini daku catat kembali pada blog agar dapat berkongsi ilmu bersama mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadiri kuliah di masjid tersebut atas sebab2 tertentu :) semoga bermanfaat...amiin

pesan rasulullah s.a.w "sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"

"sesiapa yang menunjukkan kebaikan, maka dia turut diberi balasan yang sama seperti orang yang melakukannya, malah digandakan kerana menyeru kepada kebaikan"

alhamdulillah...daku sungguh terharu kerana dapat mempelajari satu nasihat yang sungguh berguna ...iaitu cara berdoa dengan sebaiknya....
bukan apa daku merasa begitu tersentuh...kerana daku sendiri yang merupakan insan biasa ini terkadang merasa cepat berputus asa untuk terus melayarkan bahtera di lautan hidup yang penuh bergelora ini... :) apapun...marilah kita selak2 apakah doa yang baik tersebut tatkala hati kita sedih serak rak rak...

"ya ALLAH ya tuhanku...matikan aku sekiranya hidup ini tidak memberikan kebaikan kepadaku dan menyebabkan bertambah maksiat iaitu dosaku kepadamu ya Allah"

di dalam kuliah tersebut...antara kalungan nasihat yang turut diuntai adalah seperti berikut:-

  • kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi yang fana ini adalah untuk membuat amal soleh...bukannya amal tholeh
  • akhirat pula adalah untuk menghitung hari pembalasan
  • jangan kotorkan fikiran dengan maksiat walaupun sedikit kerana ilmu itu tidak dihadiahkan kepada orang yang melakukan maksiat dan ilmu itu adalah bertujuan untuk membawa kepada kebaikan...oleh itu perbuatan dengan membawa ilmu kepada kejahatan ialah penyalahgunaan ilmu.
  • ingatlah 5 perkara...kerana manusia itu seringkali merasai nikmat sihat hanya apabila dia sakit, merasai nikmat lapang ketika dia berada dalam keadaan sepi dan seterusnya.....
  • janganlah meninggalkan solat kerana orang yang meninggalkan solat boleh diibaratkan "seolah2 meruntuhkan tiang agama"
  • seorang mukmin yang kuat dan tabah amat disukai Allah
  • ilmu yang berkat dimiliki oleh mereka yang menuntut ilmu dengan ikhlas

Al-Hadith : 7 Golongan Yang Mendapat Naungan

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.

2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.

3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.

4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.

5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)

6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.

7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq 'alaih)

bersambung lagi............

Saturday, June 19, 2010

LaMBaiAn ILmu

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 1:37 AM 0 SuRaT CiNta




Salamua'laikum warohmatullahi wabarokatuh

Apa khabar semua?
diharapkan agar semuanya berada
dalam keadaan sihat2 dan yeah...aktif selalu =)
lambaian ilmu semakin melambai2
begitulah hati daku merasakan...
melambai2 seperti ditiup angin kencang china selatan
begitu jua hatiku dup dap dup dap infinity sejam... (hiperbola)
huhu...

diriku begini begitu bukan kerana daku seorang anak manja
yang tak dapat berjauhan dengan keluarga...
tetapi...daku penuh persoalan pada diri
Apakah daku mampu?
Apakah bakal daku tempuhi?
Apakah daku layak?
Apakah daku tabah?
Apakah daku kuat?
Apakah daku akan....??

wah....macam2 soalan berputar ligat di dalam otak kepala yang dibaluti tempurung ni...

apapun...semoga daku mampu menggapai cecita ini walaupun daku terbuang jauh (hamboi...)
apapun...daku hanya akan berada di negeri yang terpisah dek
laut china selatan :)
wah...memang agak sukar kerana
1.daku x pernah berpisah dengan keluarga
2.memikirkan adek2ku...ibuku...dan rumah... siapa nak urus??? kesian kat mak...
3.Course itu memerlukan hatiku utk tabah dan kuat

sekian; bakal siswi :) insya'Allah

Friday, May 21, 2010

AkTiViTi HuJuNg MiNggu: Ole Ole Cik IB

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 11:18 PM 0 SuRaT CiNta

assalamua'laikum kawan2,.,. uhuhu inilah hasil titik puluh daku di hujung minggu...
walaupun nampak kurang sempurna sekurangnya daku telah menghasilkan satu seni...huhuk
apapun alhamdulillah ok dimakan :)
disebabkan bajet biasa2 dan berjimat cermat sempena bajet 2011
bahan2 untuk membuat sushi ni apa yang daku ada ialah:-

1.nasi biasa
2.seaweed
3.crab meat4.timun
5.tuna mayonese
maka hasilnya seperti=sederhana...seharusnya bagi yang nak makan lebih sedap
belila salmonn ka...beras sushi dan lain2 mengikut kesesuaian selera dan kemampuan anda.
kalau nak tahu cara2 membuat sushi...memang senang saja :) boleh tanya pada daku ya kalau berminat...huhu
seterusnya...tengahari tadi...
untuk hujung minggu yang special...wah ^_^
hihi daku telah memasak spaghetti

ok...untuk membuat spaghetti...bajet yang daku keluarkan berjumlah rm20.00
huhu kira boleh tahan la kan.
bayangkan dengan hanya rm20.00 boleh membuat spaghetti untuk hidangan sesisi keluarga dr 5-7 orang :) murah kan dari makan kat luar

ok...bahan2 nya adalah seperti berikut:-

1.tomato puree(kimball)-rm3.40
2.bawang besar-sebiji
3.bawang putih-3 ulas
4.daging cincang sepaket-yang daku beli di kedai melayu rm5 je..murah.
kedai lain rm6-7
5.mee spaghetti-rm4.10
6.kimball/prego merupakan sos tambahan bagi spaghetti...
ada mcm2...nak yang mushroom....traditional...macam2...gi kedai tengok ya
jadi pilihan daku ialah traditional...amek kimball punya brand lebih murah...
7.sayur campur
8.cendawan butang-rm2.10

untuk info lebih lanjut dan ingin belajar cara memasaknya...boleh bertanya pada daku :)

*jenama kimball dijamin halal ya...cek logonya
semasa membeli...pastikan anda menjadi pengguna bijak

antara stepnya:-
  • sila periksa keadaan tin sekiranya membeli barangan di dlm tin
  • pastikan bahawa tarikh luput tidak melebih tarikh yang ditetapkan
  • buat perbandingan harga antara setiap jenama makanan tin yang dijual
sekian,wallhua'lam:-
serikandi_ibtisam v^_^v



Thursday, May 20, 2010

TiTis AiRmaTa

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 9:45 AM 0 SuRaT CiNta

"dalam mencari keredhaanmu...begitu banyak rintangan yang perlu dilalui sehingga daku menangis dalam senyuman agar terus bertahan"

Allah...mungkin aku tidak sempurna
namun ya Allah aku punya ketabahan
Allah...mungkin aku tidak hebat
namun ya Allah aku punya kesetiaan
Allah...mungkin aku tidak rupawan
namun ya Allah aku punya keperibadian
Allah...mungkin aku tidak bijak
namun ya Allah aku punya kesyukuran
Allah...mungkin aku tidak penting bagi sesetengah insan
namun ya Allah aku punya rasa menghargai

ya Allah... :(

Tuesday, May 18, 2010

TeMuDuGa TeRBuKa-Sudah bersedia atau tidak???

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 9:14 AM 0 SuRaT CiNta
Perhatian : Temuduga Terbuka!!


EMPAT GANJARAN LUMAYAN

1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi


LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh)


KELAYAKAN :
- Anda tidak perlu bawa siji-sijil
- Anda tidak perlu bawa pingat
- Anda tidak perlu bawa wang atau harta(yg banyak
- Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi (Anda cuma bawa dokumen asal Iman dan
Amal)

PANEL/PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir (Bertauliah)

**Enam soalan utama yang mudah akan disoal**
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON : Anda cuma perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput
anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.


"SEMOGA BERJAYA"
"SELAMAT MENJAWAB"


Nota: Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi hanya iman dan amal sahaja akan menetukan dapatkah kita menjawabnya.
Marilah bersama-sama kita bersedia, menambahkan amal kita, moga-moga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya

Sunday, May 16, 2010

PeRSoALaN SeOrAnG LeLaKi KePaDa SeOrAnG GuRu

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 6:04 PM 0 SuRaT CiNta
(gambar hiasan)


Ada seorang pemuda yang sudah lama menuntut ilmu di negeri Syam kembali ke tanah air. tatkala tiba di rumah ia meminta kepada orang
tuanya untuk mencari seorang Guru agama yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya Orang tua pemuda itu
mendapatkan orang tersebut.

“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya.

“Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama.

“Anda yakin? sedangkan Profesor dan para ilmuwan
pun tak mampu menjawab pertanyaan saya.”

Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya ada 3 persoalan

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab
mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan kasarnya.

Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda
marah kepada saya?”

Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 persoalan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu.

Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”.

“mestilah saya merasakan sakit”, jawab beliau.

Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”.

Pemuda itu mengangguk tanda percaya.

Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!”

“ Tak boleh”, jawap pemuda.

“Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi,

“Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”.

“Tidak” jawab pemuda.

“Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?”

“Tidak” jawab pemuda.


“Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”.

“kulit”. Jawab pemuda.

“Pipi anda diperbuat dari apa?”

“ Kulit “ Jawab pemuda.


“Bagaimana rasanya tamparan saya?”.

“Sakit.” Jawab pemuda.

“Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan
untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

sekian,semoga membawa iktibar :)
wallahua'lam

Saturday, May 15, 2010

MuTiARa HiKMaH

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 10:35 PM 0 SuRaT CiNta

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh...


Hikmah Untuk Kita Semua I


1. Tiga perkara yang mesti dijauhi:


Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :


" Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya."


2. Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:


Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:


"Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."



3. Lima macam yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan:


Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud : "Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu : Mereka mencintai kepada dunia dan lupa kepada akhirat. Mereka mencintai kepada kehidupan dan lupa kepada kematian. Mereka cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan. Mereka cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan di akhirat. Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah."


4. Cantiknya iman dan amal soleh:


Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:

"Ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih baik dari keduanya: Beriman kepada Allah. Memberi manfaat kepada muslimin. Dan ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari keduanya : Mensyirikkan Allah. Menyakiti kaum muslimin."


5. Jalan untuk dicintai orang yang dicintai:


Dari Usman ra yang bermaksud : "Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum muslimin maka dia akan dicintai oleh mereka."


6. Tiga yang menyelamatkan, tiga yang membinasakan, tiga yang boleh mengangkat darjat dan tiga pula yang boleh menghapuskan dosa:


Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud "Ada tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal yang boleh membinasakan, serta ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada tiga perkara pula yang menghapuskan dosa. Ada pun yang boleh menyelamatkan itu ialah : Takut kepada Allah SWT pada masa bersembunyi dan berterang-terangan. Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya. Tetap adil ketika senang dan marah.


Ada pun hal-hal yang boleh membinasakan ialah : Amat bakhil. Memperturutkan nafsu. Merasa hairan melihat kehebatan dirinya. Dan ada pun perkara-perkara yang meninggikan darjat : Menyebarkan ucapan salam. Suka memberi makan. Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur. Sedangkan hal-hal yang mampu menghapuskan dosa ialah : Tetap menyempurnakan solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk. Melangkah kaki ke tempat di adakan solat jemaah. Suka menunggu kedatangan solat."


7. Enam perkara yang asing bila berada di enam tempat:


Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang

dipandang asing di enam tempat, iaitu : Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya. Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."


8. Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan:


Rasulullah saw telah berpesan, yang bermaksud : " Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan".


9. Menuju kesempurnaan akal, ilmu dan sumber rezeki:


Umar ra berkata yang bermaksud : "Pandai mengasihi orang setengah daripada akal. Pandai bertanya setengah daripada ilmu dan pandai merancang setengah daripada sumber rezeki".


10. Tiga jenis manusia yang akan mendapat perlindungan Allah SWT di hari Kiamat:


Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: " Ada tiga orang yang akan diberi perlindungan oleh Allah SWT di hari kiamat nanti : Orang yang tetap berwuduk pada waktu-waktu yang sulit. Orang yang berjalan ke masjid untuk menunaikan solat pada malam-malam yang gelap iaitu solat Maghrib dan Isyak. Orang yang suka memberi makanan kepada orang yang kelaparan."


11. Sunnah Allah, sunnah para rasul-Nya dan sunnah para wali-Nya:


Dari Ali ra yang bermaksud: "Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah dan sunnah para rasulnya dan sunnah para walinya, maka dia dipandang tidak ada nilai sedikit pun. Lalu dia ditanya: Apakah sunnah Allah itu? Jawabnya, menyembunyikan rahsia. Lalu dia ditanya lagi: Apakah sunnah rasul? Jawabnya, berlaku lembut di antara sesama manusia. Kemudian dia ditanya lagi: Apakah sunnah para wali. Jawabnya, menjauhkan gangguan dari kaum muslimin".


12. Orang-orang yang dahulu yang hidup sebelum kita mereka saling berpesan tentang tiga perkara dan saling kirim mengirim


( sebagai nasihat :Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupkan baginya akan perkara agamanya dan perkara dunianya. Dan siapa yang membaguskan niatnya yang tersembunyi, maka Allah membaguskan keadaannya yang nyata.

Dan siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah memperbaiki hubungannya dengan semua manusia.


Ikhtibar Untuk Kita Semua

Dibawah ini ada satu cerita buat renungan kita bersama...


Disatu perkampungan bernama Al-Manzalah di bandar Mansurah Mesir baru-baru ini lahirlah seorang bayi. Dengan kehendak Allah bayi tersebut lahir dalam keadaan telapak tangannya yang bercantum. Berusahalah doktor untuk memisahkannya, tetapi tidak berjaya. Maka hebohlah di kampung tersebut sehingga orang ramai datang untuk memberikan pertolongan. Akhirnya seorang penduduk mencadangkan agar dipanggil ulamak untuk membantu. Setelah didoakan dan dijampikan oleh ulamak tersebut, maka telapak tangan bayi tersebut boleh dibuka. Satu peristiwa yang menghairankan berlaku iaitu sebaik sahaja telapak tangan itu dibuka, terpaparlah sepotong ayat Al-Quran Surah Al-Qomar (pangkal ayat 1) di telapak tangan bayi tersebut. Ayat tersebut bermaksud : " Telah hampirlah saat itu ( hari kiamat ) ". Orang ramai yang hadir pada masa tersebut mendapat satu iktibar yang sangat berguna yang boleh menginsafkan sesiapa sahaja yang beriman agar segera kembali kepada cara hidup yang diredai oleh Allah SWT, selagi ada kesempatan yang diberi.


Nauzubillahi Min Zalik...

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review