Pages

Saturday, June 16, 2012

iT's NoT AbouT The MoNeY MoNeY MoNey I don't need YouR MoNeY

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 8:41 AM 0 SuRaT CiNta



Money can buy a house, but not a home. 
Money can buy a bed, but not sleep. 
Money can buy a clock, but not time. 
Money can buy a book, but not knowledge. 
Money can buy food, but not an appetite. 
Money can buy position, but not respect. 
Money can buy blood, but not life. 
Money can buy medicine, but not health. 
Money can buy sex, but not love. 
Money can buy insurance, but not safety.

Life isn't About MoNeY MoNeY MoNeY

"Special GiVeAway By Aiman"

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 7:34 AM 0 SuRaT CiNta

Senarai Hadiah :-




1- Sebuah MP4 Player utk 1st TOP REFFERAL




2- Dua Pasang Cute Earphone utk 2nd & 3rd TOP REFFERAL


3- 10 Peserta Bertuah Akan Mendapat Hadiah Misteri





4- Blogskin utk 5 Pemenang tajaan Bunny Inspire (BLOG) (PAGE)

TERUJA BETOL~BETOL TENGOK HADIAH TU
MAIN JOIN JE PADAHAL SANGAT BLUR
DOAKAN KU YE >.<
DAN PADA SEMUA
SILA SILA SILA
KLIK KLIK KLIK
(ini adalah berbentuk arahan)
hihihi

Awi RaFaeL: KeKuRanGan iTu adalah MaNuSia

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 6:21 AM 0 SuRaT CiNta
assalamua'laikum

"semoga malam ini kita suma
dapat tido comel~comel dan
mimpi comel~comel hihik"

Uhurm2 nampak ke tajuk posting tuh hahak
saya bukanlah peminat tegar awi rafael
tetapi nak jugak...nak jugak posting tentang dia
(~_________________~)
sangat sedih baca berita tentang dia
(mengeluh panjang dari stesen bas pudu ke putra)
kihik~kihik...yela kan bila kuar bite burok camni
ramai orang mula pandang burok dan macam~macam
saya ni peminat suara dia je...ahaksss

Tetapi biasalah tu dunia sekarang
(aish dunia sekrang mana boleh biasa~biasa
urghhh! hidop ni tak boleh terbiasa dengan lagha eeee)
Namun, awi cakap gambar tu gambar sebelum dia bergelar artis
aigoooo....janganla sebab jadi artis berubah ye awi eh???
berubahla sebab kite semua percaya bahawa awi berniat
menjadi yang lebih terbaik

Pssst(oh baru tahu kenapa awi suka pakai baju
lengan panjang...nak sembunyi tatu ke awi?)

sebagai insan biasa andai kita tempatkan diri
di tempat awi mungkin kita melakukan kekhilafan yang sama jugak
janganlah kita dok maki hamun orang
inilah orang kita suka memaki hamun
sepatutnya kita mencuba lah memikirkan dari
aspek pros and cons nye ye
anyway to awi rafael hope u
will be fine and moga terus tabah 

mood: ape kejadah membebel tentang ni?

HiDuP ini SinGkaT a.k.a LiFe is ShoRt

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 12:02 AM 0 SuRaT CiNta




Hidup ini singkat. Kalau anda berumur 22 tahun,
macam saya, jadi  hari yang anda miliki adalah  8030 hari.
Hidup ini singkat. Kenapa kita persingkat lagi dengan kesedihan?
Hidup ini singkat. Maka jangan kau persingkat lagi dengan kesedihan
Hidup ini singkat. Umur kita hanya antara 60 sampai dengan 70 tahun.

Hidup ini singkat. Berapa jam yang kita gunakan untuk tidur?
Hidup ini singkat. Berapa jam yang kita gunakan untuk bekerja yang manfaat?
Hidup ini singkat. Berapa jam waktu kita gunakan untuk beribadah?
Hidup ini singkat. Jangan kau isi dengan benci dan dendam sesama manusia
Hidup ini singkat. Jangan kau habiskan hidup untuk hasad terhadap saudara
Hidup ini singkat. Maka isilah dengan yang bermanfaat untuk orang lain.

Hidup ini singkat. Kenapa kau berfoya-foya? 
Padahal nanti kau akan diminta untuk bertanggungjawab
dan tanggungjawab kau akan dipersoalkan
Hidup ini singkat. Maka jangan kau sia-siakan
Hidup ini singkat. Tapi penuh tanggung jawab
Hidup ini singkat. Jangan kau isi dengan menyakiti hati orang lain
Hidup ini singkat. Maka rajinlah beribadah
Hidup ini singkat. Bersusah-susahlah untuk meraih kejayaan
Hidup ini singkat. Renungilah amal yang telah kau lakukan
Hidup ini singkat. Kenapa mesti kau persingkat dengan bunuh diri
Hidup ini singkat. Maka banyak-banyaklah berbuat yang bermanfaat

Hidup ini singkat. Banyak mana antara tidurmu dengan kerjamu?
Hidup ini singkat. Banyak mana hiburan dengan baca qur'anmu?
Hidup ini singkat. Banyak mana infakmu dengan belanjamu?
Hidup ini singkat. Banyak mana bacaanmu dengan anganmu?
Hidup ini singkat. Banyak mana perjuanganmu dengan sambil lewa mu?
Hidup ini singkat. Banyakan mana dosamu dengan taubatmu?
Hidup ini singkat. Banyakan mana gosipmu dengan zikirmu?
Hidup ini singkat. Banyakan mana ghibahmu dengan hisab dirimu?
Hidup ini singkat. Banyakan mana pemberianmu dengan tuntutanmu?
Hidup ini singkat. Berapa banyak korban tajamnya lidahmu?
Hidup ini singkat. Berapa besar tanggung jawabmu terhadap tugasmu?
Hidup ini singkat. Berapa banyak korban namimahmu?

Hidup ini singkat. Ingatlah hidupmu begitu singkat!
Hidup ini singkat. Hidup hanya sekali, hiduplah dengan bererti!


"Life is short and  in a second   
you and i might be gone"

Friday, June 15, 2012

SEDEKAH, BuRuNG dan Si MaMaT

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 11:37 PM 0 SuRaT CiNta

Sudah menjadi pekerjaan si Mamat menangkap burung. 
Bila ada burung yang bersarang dan
sedang bertelur si Mamat selalu menanti dan memperhatikan setiap hari. 
Sehingga telur burung tersebut menetas dan bila telah menetas 
maka anak burung tersebut diambil dan
dipelihara dari kecil sampai besar dan nanti akan dijual.

Disebabkan perbuatan Mamat ini, para burung mengadu kepada Tuhan, 
Allah s.w.t, yang mengatur segalanya. 
Burung memohon kepada Allah agar si Mamat diberi pelajaran. 
Maka Allah berjanji, sekiranya Mamat kembali mengambil 
anak burung maka si Mamat akan jatuh lalu mati. 
Inilah Janji Allah kepada burung. 
Dengan suka cita sang burung menyampaikan berita 
ini kepada burung burung yang lain.

Pada hari yang dinantikan iaitu sewaktu telur menetas 
si Mamat pun pergi memeriksa telur burung burung tersebut
adakah sudah menetas ataupun tidak?
Namun, harapannya hampa kerana belum lagi menetas.
Maka burung berkata dengan burung-burung lainnya. 
Dua hari lagi si Mamat akan mati. 
Dua hari lagi si Mamat akan mati. 
Dua hari lagi si Mamat akan mati
cip cip cip cip cip.

Dua hari kemudian,
si Mamat membawa tangga dan membawa bungkusan makanan, 
sebelum tiba di  pohon yang dituju si Mamat 
bertemu dengan seorang nenek yang sedang kelaparang
dan si Mamat  memberi bungkusan makanan yang dibawanya
kepada nenek tersebut. 
Lalu si Mamat pun memanjat tangga. 

Pada saat Mamat memanjat tangga, 
burung dan teman~temannya bersorak, 
“ada yang akan mati, ada yang akan mati, ade yang akan mati, 
terus burung-burung tersebut bersorak kerana 
si Mamat akan terpeleset, jatuh dan mati. 
Sedangkan si Mamat terus memanjat dan
sampailah di sarang burung, 
lalu dia mengambil anak burung dan 
dia turun dengan selamat dan ketika tiba
dibawah si Mamat pun duduk lalu membakar rokok 
dan dengan nikmatnya ia merokok.

Melihat hal ini burung burung tersebut menjadi bingung, 
“kenapa mamat belum mati ya?padahal Allah sudah berjanji pada kita.”
Akhirnya para burung datang berjumpa dengan Allah, 
“Ya Allah kamu telah berjanji akan mengambil nyawa si Mamat, 
namun kenapa dia selamat?” 

Allah menjawab, benar Aku memang berjanji 
pada kamu semua akan menjatuhkan si Mamat lalu
mematikannya. Tetapi Aku sudah terlebih dahulu berjanji 
kepada siapa yang bersedekah maka dia tidak akan
terkena musibah, dan si Mamat sebelum memanjat pokok itu 
ia bersedekah kepada seorang nenek. 
Jadi Aku tidak dapat mengingkari janji –Ku yang pertama.”

Dari kisah ini, marilah kita memperbanyak sedekah sekecil 
apapun sedekah yang kita berikah. Dengan banyak memberi 
kita akan merasakan ni’matnya pemberian Allah SWT, 
kita akan merasakan kesejukan kedamaian dan ketenangan hati. 
Dengan sedekah Insya Allah, Allah akan melindungi kita. Amin.

“Semoga berkah dan bermanfaat.”



MenCintai dan MeluPakan

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 5:25 AM 0 SuRaT CiNta


 Lima macam yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan:

Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud : 
Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam 
dan melupakan lima perkara iaitu : 

Mereka mencintai kepada dunia dan lupa kepada akhirat. 
Mereka mencintai kepada kehidupan dan lupa kepada kematian. 
Mereka cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan. 
Mereka cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan di akhirat. 
Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah.





"cinta pada bunga kan layu akhir nya
cinta pada harta kelak kan musnah binasa akhirnya
cinta pada manusia tiada kan kekal selamanya
cinta ilahi tulus suci dan abadi"






Thursday, June 14, 2012

AkU KeReNggA & SeMuT

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 11:07 PM 0 SuRaT CiNta


KerenGGa

Hallaow!!!
Nampak ta gamba di atas???
Haaa itola kerengga kihik kihik
Time kicik~kicik zaman cumil~cumil dulu
Memang suka men~men tenguk~tenguk nate ni
sampai berjam~jam lamanya kat luar tengok nate ni
dan jeng~kejeng~jeng
nate kat bawah ni
Cemot~Cemot
kihik~kihik comel je kan ngeh ngeh
Tak tahu kenapa tetapi selain suka memerhati
keindahan alam yang begitu endah ini
hobi pelik yang lain tengok semot
Sampai bising mak selalu cari~cari pekiak~pekiak
dari dalam rumah mencari kita hahak

Tapi kan tapi kan kadang~kadang kita ni datang kejam
Memang bahaya! sian semut~semut kena
 ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
pijak pukul dera siksa dan akhirnya mati terbunuh
eeeee yela kijamnya diriku
bila dah besar baru tahu bahawa semot ni kan
haiwan yang kita takleh bunoh tau
haaa belajar dari pengajian agama
inilah manusia andai tak menuntot ilmu kita tak tahu
dan sikap yang tidak mahu mengambil tahu
akan menyebabkan kita seorang yang terus
melakukan kemungkaran pada bumi milik ALLAH

Tahukan Anda?
Sepanjang memerhati semut
semut ni sangat baik~baik belaka
dan comel~comel sungguh
FAKTA tentang KERENGGA+SEMUT:~

1.Semot selalu bertegur sapa sesama diorang guna sesungut a.k.a antena
(walapon semot ni kita taktau dia guna bahasa ape hurh jauh bih bagos
dari manusia ape, yela jumpa je sapa tanpa memilih rupa,warna,status dan bangsa
orang kita kalo jumpa cehhh paling baik pon senyum, ada yang memang buat
kita ni cam x wujud terus kat dunia, paling teruk buat muka masam dan
tengok kita cam penjenayah ==! haish apa pon tak boleh)

2.Semot ni setia dalam menjaga koloninya
(haaa diorang memang protective dan mempunyai semangat cintakan negara
wah jangan main~main negara semot ni besar tau, walapon tubuh kicik
jangan engat diorang tak kuat, semut ni dahla rajin+semangat kerjasama
memang no.1, kalo semut ni manusia memang dunia kita ni dah jadi dunia
yang teramat maju cam star wars erkkk yeke star wars? ke battleship? kah kah ke avatar?)

3.Semot suka mende manis dan Kerengga suka daging
(hahaha camne den tahu? kihkih kadang2 bagik sirap kat semot tengok diorang
minom je sirap tu sampai montot besar kaler merah(kalo sirap merah)
kihkih comel je taww pastu kite bagi ayam isi dia robek2 kicik2
bagi kat kengga haha tengok dia bawa makanan tu comelnye)

4. Kerengga bawa anak yang baru menjadik/kawan yang sakit
menggunakan mulot pencengkam
(sungguh~sungguh hati rasa teruja tengok diorang buat bende ni
sebab comel sangat~sangat tau tengok anak yang baru jadik kerengga wah)

5.Kerengga Menyerang menggunakan Gigitan/Pancitan
(haaa kalo nak tahu Kerengga kalau rasa terancam diorang ramai~ramai
akan datang menyerang dan menggigit wahh dahtu dia akan
memancut kan cecair yang boleh memedihkan mata yang
datang dari montot diorang; tak percaya? sila try ancam kihik...)
Itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsi hihi
sekian terima kasih
semoga sifat~sifat baik
dari binatang boleh kita contohi

"manusia sering melabelkan manusia yang jahat seperti binatang,
sebenarnya binatang ni tak sejahat manusia, padahal binatang
seperti kucing yang memakan anaknya pun kerna merasa terancam
padahal binatang "buat anak" dengan anak sendiri pun
sebab diorang tak ada akal ok, so sila pikiak la
manusia ni ada akal, nape nak bandingkan dengan binatang?
padahal binatang ni ada sifat~sifat yang dijadikan ALLAH padanya
malah lebih baik dari manusia namun kurang sempurna dari aspek lain"
cuma nak kata manusia~manusia yang jahat ni
sebab diorang memang tak guna akal+hilang panduan lam hidop!


kok kok kok
~kbai~




 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review