Pages

Thursday, March 7, 2013

Apa yang DiA, KaU, MeReKa dan aKu MaHu???

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 6:25 AM 0 SuRaT CiNta
Apa mahu 'ku' 'kamu' 'dia' dan 'mereka'???

Dalam dunia ini begitu banyak rintangan yang dilalui
sehingga ada di antara kita yang sengaja ingin
membiarkan segala terjadi dan 
kebal dengan apa yang terjadi
setiap kita terluka
setiap kita terpisah
begitulah kisah luka
tiada siapa mahukan 
mahupun aku
kamu dia dan mereka

hidup banyak mengajar erti luka
erti suka erti benci erti sayang
erti rindu erti hidup???
semuanya penuh bercampur baur
(sambil memandang ke langit)

hati akan tenang dengan hanya memandang ke langit
supaya akal ku tidak ligat dengan segala hal
adakalanya sengaja menyibukkan diri agar
perasaan tidak bercampur aduk dengan fikiran
lebih baik berfikir dari merasai

merasai amat penat berbanding berfikir
perasaan mampu membuat kita jatuh
tetapi dengan berfikir kita masih waras untuk terus
menjatuhkan diri
errrr sebenarnya aku masih tercari-cari
apa yang aku mahu >.<

(pray to Allah)
deep in my heart i am crying
coz this feeling is killing me
the feeling of not knowing what's ur real feeling
oh Allah show me the true path to find the truth
~ameen~


Friday, March 1, 2013

Oh LaHaD DaTu

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 6:57 PM 1 SuRaT CiNta




Isu di Lahad Datu memang menggemparkan rakyat Malaysia  :o
Anyway as a news reader i will not talk something nonsense (==")
The government shouldn't be urged untuk melancarkan serangan 
melulu seperti bom and else... kena ada strategic plan and perlu
melihat dari aspek kedua belah pihak. Sekiranya berlaku serangan
besaran kerajaan filipina sudah tentu tidak akan mendiamkan diri
dan akan masuk campur.
Masalahnya di sini si Jamallul and his brother
both memang degil!
even the president of Philippine dah suruh retreat from
the village...they oppose pada arahan itu
(here we can see the president 
try untuk menjaga hubungan baik with Malaysia)
BUT because of 
kedegilan those  invaders so called to be kesultanan sulu punya 
hulu balang lah tragedi telah terjadi semalam == berbalas serangan 
untuk menjaga interest of both side:~

Malaysia-protecting Lahad Datu (part of Sabah,Malaysia) from being invade

So called Sultan Sulu "invaders'' gang-
wants Lahad Datu coz they said LD is
subject of Kesultanan Sulu haishhhhhhhhh (*sigh* -_-)

Somehow to those Malaysian yang sebarangan
suruh bom bom bom =-=
ingat bom itu tak menyebabkan rakyat
di Lahad Datu pun will be affected ke?
hello??? ingat bom tuh macam bunyi kentut hang???
jangan tahu kuar bunyi without thinking those around ok?
seperti kentut di depan orang, gelak dengar
bunyi tetapi tak tahu orang berdekatan nak mati sium bau :3

ps: perkara ini bukan main-main.

sekian, melaporkan!

BiBiR MeniDakkaN tetapi HaTi MengiYakaN

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 4:11 AM 0 SuRaT CiNta
Hello Hello Hello
Assalamualaikum pembuka bicara
Bismillah pembuka selera heheheh

MeNiPu unTuk BaHaGia atau BaHaGia dengan MeNiPu???


Nampak tak topik yang 'biasa' itu
yeahhh kita memang 'biasa' terlihat topik ini di mana-mana
mungkin?  o.O dannn
kita juga mungkin 'biasa' atau tidak 'biasa'
berhadapan dengan situasi tersebut
(saya memang 'biasa' plus selalu dalam keadaan tersebut)
~(=____=)~ nothing i can do but to lie

tuang-tuang puang-puang akak-akak macik-macik pacik-pacik
amoi-amoi apek-apek abe-abe tok ngah mak ngah tukang sapu
tukang angkat tong sampah dan sekalian alam

sememangnya manusia ini selalu menipu, ditipu, dan tertipu
contoh: A melanggar B
bibir B mengukir kata 'tidak apa' 'oh no problem!'
tetapi hati meronta-ronta kata 'oiiiii ape ni! sakitlah tak nampak ke?'

nampak kan?keadaan ini =-= arghh complicated
nobody like to be in such situation
'complicated'???
one word to describe ''complicated''
HATRED

Isu yang memang serious because you have to choose
you can't choose not to choose
you MUST choose
Must=compulsory
Neither..........................Nor
So....Either you choose dishonesty to be happy
OR
you are happy with dishonesty

which would be a wise decision?
NONE

Why?
cause inilah lumrah manuia
Either I nor U
one of us shall hurt and be hurt

that's how life goes..................

Wednesday, February 27, 2013

Me & BB1M

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 3:03 AM 0 SuRaT CiNta

RM 100 spent already!
What do i bought with RM100???

Venue: Book Garden

1. National Land Code worth RM29
2. 4 type of Pen (2 blue, silver & gold)= RM6
3. 2 type of Files= RM4
4. 2 types of Sticky Gum(uhu,glue)=RM3
5. Sharpener= RM1
6. Card= RM3.50
7. Nail CLipper= RM1.50
8. Wrapping Paper= RM 1

RM50 mission accomplished!

Venue: IT Fair

1. Cooling pad (good brand)= RM25
2. Headset= RM25

RM50 mission accomplished!

ps: as an ipt student we really need electronic stuff (seriously ==)
TQSM for the voucher.

Today...hamboihhhh memanjang SEPIKING!!!
hehehe anyway i join the bidding session at the IT fair
Bidding for 4GB sandisk brand Pendrive
hiakhiak...
MP: cost bout RM16

so...i join the bidding because i need that pen drive
jemu tau everytime i was like asyik
bertebal muka borrowing pen drive from my pal
hiak hiak :D
even my pal pun jemu tengok i >.<
bukan apa hurmmm i always met with an unfortunate events
with my pen drive

1. 1st semester: 4gb Kingstone brand PD given by my mom
my fren pinjam it for about 1 or 2 weeks and suddenly return it and say it couldn't be used
(==") pffft...(my heart cryin and uttered deeply ''hello can u replaced it???"
but my face smiling and my mouth lying saying that "awww its alrighty" <3 months="" p="" pd="" the="" with="">

2. 3rd semester: Then i bought a new PD at PC fair which is 4gb Kingmax brand PD using my own money
i put a long band which always used by people to tie on something like key chain
but.... (==") even i tie the PD with something which would be easier for me to detect
the PD....the PD still went missing...OMG (2 weeks with the PD)

because of that 2 tragedy after a few years till semester 6th  (current semester)
Only now then i decided to buy a new PD
which is through the bidding

i won the last bidding session for the 4GB PD
RM12
>.<

6st semester: 4gb Sandisk brand PD (how long would it last for?)

Sunday, February 24, 2013

My OrdiNaRy LiFe with Korean Drama: Just an Ordinary Love

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 11:17 PM 0 SuRaT CiNta


Kisah tentang seorang pemuda yang jatuh hati pada
seorang gadis yang merupakan anak kepada pembunuh abangnya.
Rumit~rumit~rumit
perasaan yang rumit bukan?
Namun kisah ini memang simple
Jalan cerita memang simple
Just like an ordinary love story
anyway apa yang ''aku'' perempuan biasa
nak fokuskan di sini ialah:-

biarlah kehidupan ini memiliki cinta just an ordinary one
tak dapat lah nak buat kisah hidup ni macam fairy tale
atau macam novel....drama....dan semua yang kita impikan
plus memang aku pon impikan
(ceh...ade hati nak bermimpi ==)
anyway wish all the best to all
(suddenly wishing the best haha apela!)

ciao!
*glurp* -_- im nervous
hiak hiak hiak
(almaklum setelah sekian lama tidak membebel
dalam blog sendiri yang bersawang~sawang sudah)

Wednesday, July 4, 2012

KeLeBiHaN NiSfu SyaaBan

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 5:30 AM 0 SuRaT CiNta

Pada pertengahan bulan Syaaban, marilah kita meluangkan masa
untuk menyambut malam 15 Syaaban dikenali sebagai Nisfu Syaaban 
dan marilah bersama-sama menambahkan amalan 
bagi mendapat keredaan Allah S.W.T. 
Nisfu bermakna separuh (1/2).

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban 
maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik
dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu 
pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. 

Allah berfirman yang bermaksud: 

Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, 
adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya (selamatkannya). 
Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, 
demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.


Tersebut dalam kitab Al-Barakah: 
Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, 
ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : 
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. 
Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: 
Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah
mengampunkan segala umatmu orang yang tidak menyekutukanNya sesuatu, 
angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan
kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya Malaikat, 
begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, 
dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. 

Dan bagi anak-anak Adam berhari raya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat,
kerana mereka tidur pada malamnya. Allah akan mengampunkan dosa 
pada malam Nisfu Syaaban kecuali enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malamnya, 
Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: 
Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, 
adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaannya,
adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, 
adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan 
bagi sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan 
melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah
hatinya kepada saudaranya.

Sabda Nabi s.a.w:
 Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? 
Jawab Aisyah:Ya, aku izinkan. Lalu Nabi pun bersembahyanglah 
sepanjang malam Nisfu Syaaban itu, beliau telah diambil rohnya (mati), 
lalu aku (Aisyah) tutupkannya dengan kain, 
Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. 
Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku
dengar beliau membaca di dalam sujudnya yang bermaksud:

Aku berlindung dengan kemaafan engkau dari siksa engkau dan 
aku berlindung dengan keredaan engkau daripada kehinaan engkau dan 
aku berlindung dengan engkau daripada kejahatan yang datang daripada engkau, 
aku tidak terhingga memuji engkau sepertimana engkau memuji dari engkau.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa di atas di dalam sujud.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban 
daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal 
daripadanya ibadatnya 400 tahun. 

Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi Isa a.s, 
lalu Nabi Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: 
Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat 
(berbuat amal kebajikan) iaitu;
malam Nisfu Syaaban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. 
Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana 
ianya adalah malam rahmat dan penyelamat mereka daripada api neraka, 
supaya sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir 
daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba 
dalam ibadat dengan berjaga malamnya. 

Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.

AMALAN MaLaM NisFu SyaaBan

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 5:28 AM 0 SuRaT CiNta


Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin 
dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. 
Kemudian berdoalah. 
Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan 
diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu
dibacakan doanya. 
Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, 
kemudian lalu dibacakan doanya.


Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik 
memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) 
dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil 
serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. 

Maksud doanya:
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, 
Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, 
sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, 
tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU
nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, 
maka ampunilah aku. 
Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan
Engkau jua. 

Aku berlindung dengan Engkau daripada 
kejahatan apa yang telah aku lakukan.


Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: 
Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan 
rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil.
(Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). 
Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. 
(Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).
Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, 
dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, 
walau pun membenci oleh orang-orang kafir. 
(Laila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)

1.Membaca Al-Quran.
2.Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. 
Maha Suci Allah yang Maha Agung. 
(Subhanallah wabihamdih,Subhanallahal ’azim)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah 
tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) 
tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. 
(Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, 
walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)

3.Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 
10 atau 100 kali pagi dan petang.
4.Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
5.Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, 
Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, 
Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam 
sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review