Assalamua’laikum dari diri hamba yang hina di sisi Allah
Sekian lama buku diari ini tiada terbuka lembaran baru
Namun hari ini terasa rancak tanganku menaip papan kekunci
Tuk mencoret kisah diriku yang tidak sempurna dan tidak begitu menarik berbanding gosip2
dan cerita2 mereka di luar sana yang lebih mendapat tempat di hati ramai
Aku senantiasa ceria senantiasa tetapi hatiku dahagakan kasih Allah s.w.t
Aku senantiasa tabah di hadapan semua namun aku menangis di sebalik kamar mandi
Huhu itulah aku gadis tabah (ada x insan sepertiku? Mungkin ramai)
Tapi itulah hakikat hidup ini
Jika hendak menceritakan tentang hidup begitu banyak lagi blog2 yang memapar kisah setiap hidup blogger...masing2 memiliki kisah hidup tersendiri..jika aku juga ingin berbuat begitu sebenarnya aku bukan lah seorang yang suka menceritakan segala tentang diriku pada sesiapa lagi2 pada insan yang baru ku kenali
Pengalaman hidup mengajar aku lebih berhati2 mudah takut dan bermacam2 yang perlu diambil kisah =) bukan cerewet tapi itulah aku
Sejak dari sekolah rendah aku selalu menunggu ayah berjam lamanya mengambil aku dari sekolah penantian itu tidak sukar bagi diriku
Sehingga aku dewasa J sekolah menengah aku juga selalu menanti bas atau ibuku menjemputku di perhentian bas
Aku???memang gemar memerhati alam sekeliling terutamanya bintang sehingga berjam lamanya aku mengambil masa hanya tuk merenung bintang
Tapi kini aku telah terpisah dengan alam, sukar tuk aku meluangkan masa berseorangan ditemani gelap malam diwarnai bintang bertemankan bulan disusuli unggas dan cangkerik yang menenangkan jiwaku di belakang balkoni rumah, dulu seandainya ada saja masalah ada saja apa2 akan ku ke balkoni itu meluahkan segalanya melemparkan tangisan ku...
Hidup ku tampak indah dan sememangnya indah namun tiada siapa yang tahu bahawa aku juga punya kisah yang tragis dilayan oleh seseorang yang pernah ku sayangi atau cintai? Hurmm yala..aku?huhu memang betul semua tafsiran Dr.Fadhilah Kamsah bagi seseorang yang lahir pada bulan mei yaaa itulah aku. Aku seorang yang mudah sebenarnya aku ingin merasai pengalaman hidup ini iaitu hidup bahagia bersama keluarga mudah saja. Namun, tidak lupa ingin menggenggam ijazah cari kerja dapat kerja kahwin dan bercinta J huhu aku tidak mudah menerima lelaki yang dahulu nya pernah aku berharap tetapi membuat aku seperti tunggul...namun aku tidak berdendam pada mereka aku tetap jua berkawan dan mendengar luahan hati mereka tentang hidup
Ya hidup memang penuh masalah itulah kehidupan :) huhu
0 SuRaT CiNta:
Post a Comment