Pages

Wednesday, July 4, 2012

KeLeBiHaN NiSfu SyaaBan

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 5:30 AM

Pada pertengahan bulan Syaaban, marilah kita meluangkan masa
untuk menyambut malam 15 Syaaban dikenali sebagai Nisfu Syaaban 
dan marilah bersama-sama menambahkan amalan 
bagi mendapat keredaan Allah S.W.T. 
Nisfu bermakna separuh (1/2).

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban 
maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik
dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu 
pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. 

Allah berfirman yang bermaksud: 

Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, 
adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya (selamatkannya). 
Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, 
demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.


Tersebut dalam kitab Al-Barakah: 
Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, 
ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : 
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. 
Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: 
Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah
mengampunkan segala umatmu orang yang tidak menyekutukanNya sesuatu, 
angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan
kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya Malaikat, 
begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, 
dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. 

Dan bagi anak-anak Adam berhari raya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat,
kerana mereka tidur pada malamnya. Allah akan mengampunkan dosa 
pada malam Nisfu Syaaban kecuali enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malamnya, 
Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: 
Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, 
adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaannya,
adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, 
adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan 
bagi sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan 
melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah
hatinya kepada saudaranya.

Sabda Nabi s.a.w:
 Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? 
Jawab Aisyah:Ya, aku izinkan. Lalu Nabi pun bersembahyanglah 
sepanjang malam Nisfu Syaaban itu, beliau telah diambil rohnya (mati), 
lalu aku (Aisyah) tutupkannya dengan kain, 
Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. 
Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku
dengar beliau membaca di dalam sujudnya yang bermaksud:

Aku berlindung dengan kemaafan engkau dari siksa engkau dan 
aku berlindung dengan keredaan engkau daripada kehinaan engkau dan 
aku berlindung dengan engkau daripada kejahatan yang datang daripada engkau, 
aku tidak terhingga memuji engkau sepertimana engkau memuji dari engkau.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa di atas di dalam sujud.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban 
daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal 
daripadanya ibadatnya 400 tahun. 

Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi Isa a.s, 
lalu Nabi Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: 
Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat 
(berbuat amal kebajikan) iaitu;
malam Nisfu Syaaban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. 
Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana 
ianya adalah malam rahmat dan penyelamat mereka daripada api neraka, 
supaya sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir 
daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba 
dalam ibadat dengan berjaga malamnya. 

Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.

0 SuRaT CiNta:

Post a Comment

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review