Pages

Wednesday, March 13, 2013

~!0H My G0D! GaYa, MuTu, KeunGGuLaN

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 5:47 AM 0 SuRaT CiNta
Assalamualaikum ^_^

Sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu
tanpa menghiraukan sesiapa
Bercakap tentang masa...perkara yang paling
banyak berkembang mengikut perubahan masa
adalah "fashion"

yeahhh tudiaaa fashion!!!
paling laris sekarang semua nak ikut fashion orang korea
tak kurang tu jugak yang bertudung pun banyak fashion
ada yang fashion cekik leher
ada yang fashion bawak buah atas pala
macam-macam betul fashion zaman sekarang
(-_-)7 aigoo

Adakah anda juga merupakan seorang ''fashionita"???
Adakah anda ingin menjadi seorang "fashionita"????
huarh huarh apapun mari den nak share sket blog
owner yang memang gempak nih!
namanya kak senduk
(my feveret akak!)

Jom kita tinjau2 fashion yang kak senduk perkenalkan
pada fashionista2 anda digalakkan try gaya2 nih k huahua


cara pakai tudung ni mudah je…
anak tudung..belasah je anak tudung apa…
pin bawah dagu..kelepet tepi..
amik cincin masuk ujung tudung tarik…
siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni


tudung ni pulak mmg biase…
makcik2 nak pi sebeleh umah ..
kuar2 jalan2..tudung bawal katanya…
ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap…pantas….


ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer…
ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat…
so makcik2…paling sesuai ketika hendak kepasar 
dan mengumpat dengan jiran sebelah…


ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar…
kadang tu sampai tutup kening….
ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya….
ni yang menekankan prinsip penutupan aurat ni…


tudung mmg populer tahun 80an..
tudung cikgu bedah katanya…ikat belakang…jalannnn…lalalala


bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya…
ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap…wardina x muka akak?…


bila wardina punya tudung populer…
ade lagi tudung baru..tudung binda katanya…nak jugakkk…. 
kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka…chantek sangat aku….



then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah.
ko sarung je..siap…mudah cepat….
macam2 kaler ade…pelangi..tompok2..ko cakap je…
(dah macam jep sepah dah akak)



di gabungkan pulak dengan tudung lain..
nampak kelainnan katanya…variasi katanya…yer kerr…



ni tudung ala2 mak datin…bagi nampak rambut…ala2 kelas tanya..
bagi nampak remos….jambul…ko mampu?


pernah nampak orang pakai tudung cam ni?…
ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia…meniaga katanya ..
panas…bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain…
bagi jelas dengor…
so wardina dah ade tudung…binda dah ade…
so akak nak jugak…akak namakan tudung senduk…


langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..
warna light2..pakai cam biase…tudung bawal lagi bagus…
langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..
jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru…
langkah 3: amik tudung lain corak2…bendera juga boleh yer…
langkah 4: amik tudung warna tadi…letakkan di bawah dagu….
ala2 nak gantung diri gitew
langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat…
pastikan nak bukak mulut pun susah yer….
langkah 6: ikat reben..pastikan kemas…
tadaaaaaa…siap…….chantek kan…

nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya…
dah siap tudung senduk….
gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua…
melawat saudara di hospital tampoi…

(wakaka pandai kak senduk buat cute ala korea kan? :p)



kalau nak cantek lagi..
gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas….
untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan 
ke dalam dua belah lubang hidung… 
gaya ini sesuai untuk menghadiri 
majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian.
 sekian terima kasih selamat mencuba…

(yang paling last ni tak boleh bla buat aku ketawa
nak mapos bhahahahaha chantekkkk arh kak senduk)

Mesej udang di sebalik mi
*glurp* ^-* nebes2

Islam menekankan kesederhanaan dalam bertudung
Buat apa bergaya lebih pada luaran tetapi pada dalaman
lupa nak bergaya dengan menghiaskan iman di dalam hati

justme:
*glurp*

copyright@http://meriahuoll.blogspot.com/2011/07/dutung-dulu2.html
Credits to kak senduk untuk entry yang best

Saturday, March 9, 2013

AnTaRa KaSih SuCi atau KaSih yang MeMbenTuk

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 4:23 AM 0 SuRaT CiNta
Assalamualaikum dan Salam Maghrib ^_^

Oh KaSiH???

KaSiH SuCi atau KaSiH yang MeMbenTuK

Tahu tak perbezaan antara dua kasih ini?
Kebiasaannya di dalam filem kita selalu mendengar ini ayar ini 
''kasih suci''
dan memang biasa juga setiap pasangan kekasih atau bukan kekasih
sentiasa mengucapkan ''akan ku beri kasih nan suci'' dan mengaku
''kasihku padamu suci wahai kekanda''

TETAPI

memang biasa juga kita melihat banyak
konflik+tragedi+penipuan+drama
yang mengaku "kasih suci" namun -_- hampehhh
memang hampeh dan sama sekali tidak suci

TAHUKAH ANDA???

bahawa kasih yang membentuk itulah merupakan
sebuah kasih suci
di dalam kehidupan ini kita sebagai manusia
biasa tidak akan pernah akan sempurna
~(o.O)~FAKTA yang PAHIT tapi memang semua tahu

Jangan pernah sesekali mengaku kasih kamu suci
Jangan pernah sesekali menawarkan kasih suci pada orang
Jangan pernah sesekali cuba mencari apa itu makna kasih suci
kamu tidak akan mampu dan menemukan jawapan apakah
''kasih suci"

*glurp*

search pacik google: maksud kasih suci
search result: nama tiada dalam rekod


So wahai wanita di luar sana sekiranya ada seorang
lelaki yang menawarkan diri menjadi suami yang ingin 
membentuk kamu menjadi seorang insan yang dikasihi ALLAH
membentuk kamu ke arah kebaikan
membentuk kamu menjadi soleha

pilihlah dia kerana Kasih yang membentuk membawa
kamu ke arah Kasih Suci
Menawar Kasih Suci semata hanyalah omong kosong

~_~ glurp!

Friday, March 8, 2013

WaNiTa LeBiH SeTia berbanding LeLaKi

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 7:09 AM 0 SuRaT CiNta



Yang Pertama:

HARI KELMARIN


Aku dan Kamu tidak mampu untuk


 mengubah apa pun yang telah terjadi.

Aku dan Kamu tidak mampu untuk


menarik perkataan yang telah terucapkan.

Aku dan Kamu tidak mungkin 


lagi menghapus kesilapan lalu
dan mengulangi kenangan manis yang dirasakan kemarin.

Biarkan hari kemarin berlalu;

Lepaskan saja...


Yang kedua:
HARI ESOK

Hingga mentari esok hari terbit,

Aku dan Kamu tidak tahu apa yang bakal terjadi.

Aku dan Kamu tidak mampu menetapkan esok hari.



Aku dan Kamu tak mungkin gembira atau sedih esok hari.

Esok hari belum tiba;



Biarkan saja...



Yang tersisa kini hanyalah :
HARI INI

Pintu masa lalu telah tertutup.

Pintu masa depan pun belum tentu akan tiba.

Tentukan saja diri kamu untuk hari ini.

Kamu dapat mengerjakan  banyak perkara hari ini

Bila kamu mampu memaafkan hari kelmarin

Dan melepaskan ketakutan akan esok hari.



Hiduplah hari ini.
Kerana, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan hidup yang rumit.


Hiduplah apa adanya.
Kerana yang ada hanyalah hari ini...


Perlakukanlah setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat,
Meski mereka berlaku buruk pada kamu


Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini,
kerana mungkin esok hari cerita sudah silih berganti.


Ingatlah bahwa kamu menunjukkan penghargaan pada
orang lain bukan kerana siapa mereka,


 tetapi karena siapakah diri kamu sendiri


Oleh itu wahai temanku...


 jangan biarkan masa lalu membelenggumu
Atau masa depan membuatmu gusar


Lakukan yang terbaik HARI INI !
Dan lakukan SEKARANG juga !


Oh Ada apa dengan kesetiaan???


1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.
10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.


Sumber Dipetik daripada:
Copyright@MyNewsHub

Kekuatan Maaf Kekasih Allah ~Rasulullah S.a.W~

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 6:30 AM 0 SuRaT CiNta


Seorang lelaki Arab bernama Tsumamah bin Itsal 
dari Kabilah Al Yamamah pergi ke Madinah dengan 
tujuan hendak membunuh Nabi Shalallahu alaihi wa sallam. 
Segalacpersiapan telah dilakukan, senjata sudah disandangnya, 
dan ia pun sudah masuk ke kota suci tempat Rasulullah tinggal itu. 
Dengan semangat meluap-luap ia mencari majlis Rasulullah, 
langsung didatanginya untuk melaksanakan maksud tujuannya. 

Tatkala Tsumamah datang, Umar bin Khattab ra. yang melihat 
gelagat buruk pada penampilannya menghadang.
Umar bertanya, “Apa tujuan kedatanganmu ke Madinah?
Bukankah engkau seorang musyrik?”
Dengan terang-terangan Tsumamah menjawab, 
“Aku datang ke negeri ini hanya untuk membunuh Muhammad!”.

Mendengar ucapannya,  Umar terus menyerangnya. Tsumamah
tak sanggup melawan Umar yang perkasa, ia tak mampu 
mengadakan perlawanan. Umar berhasil merampas senjatanya 
dan mengikat tangannya kemudian dibawa ke masjid. Setelah
mengikat Tsumamah di salah satu tiang masjid Umar segera 
melaporkan kejadian ini pada Rasulullah.

Rasulullah segera keluar menemui orang yang bermaksud 
membunuhnya itu. Setibanya di tempat pengikatannya, 
beliau mengamati wajah Tsumamah baik-baik, kemudian
berkata pada para sahabatnya, “Apakah ada di antara kalian 
yang sudah memberinya makan?”.

Para shahabat Rasul yang ada disitu terkejut dengan 
pertanyaan Nabi. Umar yang sejak tadi menunggu perintah 
Rasulullah untuk membunuh orang ini seakan tidak
percaya dengan apa yang didengarnya dari Rasulullah. 
Maka Umar memberanikan diri bertanya, “Makanan apa yang 
anda maksud wahai Rasulullah? Orang ini datang ke sini ingin
membunuh bukan ingin masuk Islam!”

Namun Rasulullah tidak menghiraukan sanggahan Umar. 
Beliau berkata, “Tolong ambilkan segelas susu dari rumahku, 
dan buka tali pengikat orang itu”. Walaupun berasa hairan,
Umar mematuhi perintah Rasulullah. Setelah memberi
minum Tsumamah, Rasulullah dengan sopan berkata kepadanya, 
“Ucapkanlah Laa ilaha illa-Llah (Tiada ilah selain Allah).” 
Si musyrik itu menjawab dengan ketus, “Aku tidak akan
mengucapkannya!”. 

Rasulullah memujuk lagi, “Katakanlah, Aku bersaksi tiada ilah selain
Allah dan Muhammad itu Rasul Allah.” Namun Tsumamah tetap 
berkata dengan nada keras, “Aku tidak akan mengucapkannya!”
Para sahabat Rasul yang turut menyaksikan menjadi geram terhadap 
orang yang tak tahu bersyukur itu. Tetapi Rasulullah malah
membebaskan dan menyuruhnya pergi. Tsumamah yang musyrik itu 
bangkit seolah-olah hendak pulang ke negerinya. Tetapi belum
berapa jauh dari masjid, dia kembali kepada Rasulullah dengan 
wajah ramah berseri. Ia berkata, “Ya Rasulullah, aku bersaksi tiada ilah 
selain Allah dan Muahammad Rasul Allah.”

Rasulullah tersenyum dan bertanya, “Mengapa engkau tidak 
mengucapkannya ketika aku memerintahkan kepadamu?” 
Tsumamah menjawab, “Aku tidak mengucapkannya ketika
masih belum kau bebaskan kerana khuatir ada yang menganggap
aku masuk Islam kerana takut kepadamu. Namun setelah engkau 
bebaskan, aku masuk Islam semata-mata karena mengharap keredhaan 
Allah Robbul Alamin.” 

Pada suatu masa, Tsumamah bin Itsal berkata, “Ketika aku 
memasuki kota Madinah, tiada yang lebih kubenci dari Muhammad. 
Tetapi setelah aku meninggalkan kota itu, tiada seorang pun di muka 
bumi yang lebih kucintai selain Muhammad Rasulullah.

Sahabat………..
Adakah kita pengikut ajaran beliau?
Tetapi sejauh mana kita mampu memaafkan kesalahan orang? 
Seberapa besar kita mencintai sesama? 
Jika TIDAK jawapan kita, 
kita perlu bertanyakan kembali ikrar kita yang pernah
kita ucapkan sebagai tanda kita pengikut beliau…
sesungguhnya, beliau adalah contoh yang sempurna 
sebagai seorang manusia biasa. 
beliau adalah Nabi terbesar, 
Suami yang sempurna, 
Ayah yang sempurna,
Pemimpin yang sempurna, 
teman dan sahabat yang sempurna,
Jiran yang sempurna. 
dan
Kekasih Allah yang sempurna

Semoga Shalawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada beliau,
junjungan dan teladan kita yang oleh Allah telah diciptakan 
sebagai contoh manusia yang sempurna.
Salam ’alaika ya Rasulullah………
Semoga Bermanfaat….
*glurp*

Thursday, March 7, 2013

Oh WaNiTa SeDuNia

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 7:51 PM 0 SuRaT CiNta
Happy Ladies Day to All the Ladies in the World
exception to the transgender hahah
pondan jangan perasan pleaseee

one question: Pernahkah kau menyesal menjadi wanita???
My answer: Oh NO!!! NO!!! NO!!!
Tetapi bagaimana pulak dengan isu wanita yang menjadi lelaki
atau spesis lain ianya digelar sebagai 'tomboy'???
*glurp*

admin faham bahawa mereka pasti menjawab
''saya tak minta jadi begini tetapi tuhan bagi"
Aigoo =-= Tuhan tidak pernah mengkehendakkan sesuatu yang
buruk untuk hambanya melainkan sebuah ujian
seharusnya golongan seperti ini membantu diri untuk
mengubah diri sendiri dan masyarakat sekeliling pun please lah
jangan terus berfikiran orthodox dengan mengasingkan golongan ini
(kang kena kat hang satgi padan muka!!!! *glurp* minta jauh!)

Spesis tersebut perlu dibantu tau! bantu betulkan hormon
dalam badan mereka sebab mak den cakap
golongan tersebut ada hormon yang terlebih
dan hormon estrogen kurang huhuhu
entahlah! ~(-_-)~ bebenda saintifik nih huhu bukan bidang den
So harap-harap mereka belajarlah macam mana nak
membentuk hormon estrogen lebih dalam badan
(doakan ada doktor yang pakar akan wujud dalam bidang camni)
haish ni tak! semua orang biarkan =-= hmmm

apapun mari den taknak membebel panjang
kita teruskan dengan sharing~sharing article
betapa istimewanya kita sebagai wanita! yuhuu!

Renungan buat insan yang bergelar wanita. 
Ketahuilah betapa istimewanya dan bertuahnya 
menjadi wanita. 
Bagi kaum lelaki, hormatilah 


kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri. 

Berikut adalah himpunan hadis-hadis:


1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana 
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. 
Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan 
hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang 
daripada bapa dan doa orang yang penyayang 
tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 
1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik 
daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah 
lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan 
anak perempuannya, darjatnya seumpama orang 
yang sentiasa menangis kerana 
takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan 
Allah s.w.t.  akan diharamkan api neraka 
ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah 
(barang makanan dari pasar ke rumah) 
lalu diberikan kepada keluarganya, 
maka pahalanya seperti bersedekah. 
Hendaklah mendahulukan anak perempuan 
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa 
yang menyukakan anak perempuan  
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, 
kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) 
untuk dosa-dosanya yang telah lalu, 
dan apabila  pada hari pertama haidnya membaca 
"Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“
 (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan 
dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.);
 maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan
 dengan mudah melalui siratul mustaqim yang 
aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala 
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 
40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir 
kepada Allah selama haidnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
 tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan 
atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan 
atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan 
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka 
dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab,
 maka baginya adalah syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang 
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak 
perempuannya, lalu dia berbuat baik 
kepada mereka, maka mereka akan menjadi 
penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang 
ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


Begitu istimewanya menjadi wanita sehingga Allah kurniakan
begitu banyak rahmat yang tidak terhingga
So...itu je yang terdaya untuk di share
Sebenarnya banyak lagi...anyway
to All the Ladies in the World
Jom Top-up Amal Ibadah kita seperti yang tertera
^_____^
*glurp*
 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review