Pages

Wednesday, July 4, 2012

KeLeBiHaN NiSfu SyaaBan

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 5:30 AM 0 SuRaT CiNta

Pada pertengahan bulan Syaaban, marilah kita meluangkan masa
untuk menyambut malam 15 Syaaban dikenali sebagai Nisfu Syaaban 
dan marilah bersama-sama menambahkan amalan 
bagi mendapat keredaan Allah S.W.T. 
Nisfu bermakna separuh (1/2).

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban 
maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik
dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu 
pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. 

Allah berfirman yang bermaksud: 

Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, 
adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya (selamatkannya). 
Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, 
demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.


Tersebut dalam kitab Al-Barakah: 
Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, 
ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : 
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. 
Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: 
Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah
mengampunkan segala umatmu orang yang tidak menyekutukanNya sesuatu, 
angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan
kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya Malaikat, 
begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, 
dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. 

Dan bagi anak-anak Adam berhari raya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat,
kerana mereka tidur pada malamnya. Allah akan mengampunkan dosa 
pada malam Nisfu Syaaban kecuali enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malamnya, 
Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: 
Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, 
adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaannya,
adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, 
adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan 
bagi sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan 
melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah
hatinya kepada saudaranya.

Sabda Nabi s.a.w:
 Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? 
Jawab Aisyah:Ya, aku izinkan. Lalu Nabi pun bersembahyanglah 
sepanjang malam Nisfu Syaaban itu, beliau telah diambil rohnya (mati), 
lalu aku (Aisyah) tutupkannya dengan kain, 
Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. 
Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku
dengar beliau membaca di dalam sujudnya yang bermaksud:

Aku berlindung dengan kemaafan engkau dari siksa engkau dan 
aku berlindung dengan keredaan engkau daripada kehinaan engkau dan 
aku berlindung dengan engkau daripada kejahatan yang datang daripada engkau, 
aku tidak terhingga memuji engkau sepertimana engkau memuji dari engkau.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa di atas di dalam sujud.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban 
daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal 
daripadanya ibadatnya 400 tahun. 

Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi Isa a.s, 
lalu Nabi Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: 
Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat 
(berbuat amal kebajikan) iaitu;
malam Nisfu Syaaban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. 
Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana 
ianya adalah malam rahmat dan penyelamat mereka daripada api neraka, 
supaya sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir 
daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba 
dalam ibadat dengan berjaga malamnya. 

Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.

AMALAN MaLaM NisFu SyaaBan

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 5:28 AM 0 SuRaT CiNta


Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin 
dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. 
Kemudian berdoalah. 
Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan 
diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu
dibacakan doanya. 
Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, 
kemudian lalu dibacakan doanya.


Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik 
memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) 
dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil 
serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. 

Maksud doanya:
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, 
Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, 
sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, 
tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU
nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, 
maka ampunilah aku. 
Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan
Engkau jua. 

Aku berlindung dengan Engkau daripada 
kejahatan apa yang telah aku lakukan.


Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: 
Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan 
rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil.
(Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). 
Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. 
(Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).
Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, 
dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, 
walau pun membenci oleh orang-orang kafir. 
(Laila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)

1.Membaca Al-Quran.
2.Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. 
Maha Suci Allah yang Maha Agung. 
(Subhanallah wabihamdih,Subhanallahal ’azim)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah 
tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) 
tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. 
(Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, 
walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)

3.Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 
10 atau 100 kali pagi dan petang.
4.Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
5.Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, 
Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, 
Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam 
sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Friday, June 29, 2012

BeLaJar BerCINTA dari CiCaK??? o.O

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 6:11 PM 2 SuRaT CiNta

Ketika sedang membuat renovation di sebuah rumah, 
seseorang mencoba meruntuhkan sebuah tembok.
Rumah di Jepun kebiasaannya memiliki ruang kosong 
di antara tembok yang diperbuat daripada kayu. 
Ketika tembok itu mula diruntuhkan, 
dia terjumpa seekor cicak yang terperangkap 
di antara ruang kosong itu kerana kaki ia
melekat pada sebuah surat.
Dia berasa kasihan sekaligus penuh ke"curious"an. 
Lalu dia pun membelek dan memeriksa surat itu, 
ternyata surat tersebut telah berada disitu 
dalam tempoh 10 tahun yang lalu ketika rumah 
itu pertama kali dibuat.

Apa yang terjadi? 
Bagaimana cicak itu dapat bertahan terperangkap selama 10 tahun? 
Dalam keadaan gelap selama 10 tahun,
tanpa bergerak sedikitpun, 
itu adalah sesuatu yang luar biasa dan tak tercapai
di akal kita bernama manusia >.<

Orang itu pun berfikir, 
bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama
10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada
surat itu! Bagaimana ia makan?

Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya 
dan memperhatikan cicak itu.
Apa yang dilakukan dan dimakannya hingga dapat bertahan. 
Kemudian tiba tiba (jeng jeng saspen~saspen), 
tidak tahu dari mana datangnya, 
seekor cicak lain muncul dengan makanan
di mulutnya.....

WWAHHH !!!.

Orang itu merasa terharu melihat hal itu. 
Ternyata ada seekor cicak lain
yang selalu menjaga cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.
Sungguh ini sebuah cinta, cinta yang indah. 
Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil 
seperti dua ekor cicak itu. 
Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? 
Tentulah sebuah keajaiban macam cerita centa cinderella.
(aisehmennnn so sweatttt >.<)

 Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah 
dan tidak pernah berhenti menjaga pasangannya 
selama 10 tahun. 
Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu 
dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

The moral is:
Jangan Pernah Mengabaikan Orang Yang Anda Kasihi !!!
Awak paham ke tak???grrrr! ==!

Thursday, June 28, 2012

Resipi Kuih Cinta 3 Rasa: HALAL punya

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 4:51 PM 0 SuRaT CiNta

Bahan :
1 lelaki segar cukup syarat,
1 perempuan segar cukup syarat 4 (seperti dianjur agama),
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Perasa :
1 potong besar lawak,
25 gr senaman,
1 bungkus doa,
2 kotak hp untuk menelefon,
5 ulas ibadah/hari
(Semuanya diaduk hingga merata dan mengembang).

Cara Memasak :
1. Laki-laki dan perempuan dicuci bersih, buang semua masa lalunya
sehingga tersisa niat yang murni.
2. Siapkan loyang yang telah disaluti dengan komitmen dan restu orang
tua secara merata.
3. Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api
merata sekitar 30 minit di depan wali da saksi.
4. Biarkan di dalam loyang tadi dan taburkan dengan perasanya.
5. Kuih siap dinikmati.

Tips memasak :
1. Pilih lelaki dan perempuan yang benar-benar matang dan seimbang.
2. Pastikan empat syarat cukup dalam memilih bahan~bahan yang berkualiti 
(sebaiknya dibeli di tempat~tempat seperti masjid,majlis ilmu iaitu
bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)
3. Jangan beli di pasar yang bernama DISCO atau PARTY kerana
walaupun kualiti luaran bagus dan harum baunya tapi kualiti dalaman amat buruk kerana
mengandungi khasiat yang tidak sihat dan zat pewarna yang berbahaya untuk kesihatan.
4. Gunakan Kasih sayang cap "HALAL" yang telah mendapatkan pengesahan dari JAKIM

Catatan :
Kuih ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling best kalau
dinikmati lepas baru keluar dari oven sebab masih hangat terasa. 
Tetapi kalau sudah dingin, 
sila tambahkan lagi lawak segar secukupnya, 
senaman sesuai dengan citarasa, 
serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan 
lagi di dalam oven bernama tempat "Tempat Ibadah".
Lepas rasa hangat itu datang, jangan lupa Calling2 bila berjauhan.

Selamat mencuba, dijamin semuanya halal! hahax

TeNtanG CiNta

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 4:10 PM 0 SuRaT CiNta

Tuhan.....
Saat aku menyukai seorang teman
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah pengakhirnya
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir

Tuhan.....
Ketika aku merindukan seorang kekasih
Rindukanlah aku kepada yang rindu akan Cinta Sejati-Mu
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin mendalam

Tuhan.....
Sekiranya aku berhajat untuk mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu
Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu

Tuhan.....
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Tuhan.....
Ketika aku melafazkan aku cinta padamu
Biarlah kulafaz kepada yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu

Sebagaimana orang bijak berucap
Mencintai seseorang bukanlah apa-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bermakna
Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya

Wednesday, June 27, 2012

Cinta Dalam KetidaksempurnaaN

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 3:53 PM 0 SuRaT CiNta

Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, 
itulah kesempatan.
Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, 
itu bukan pilihan, itu kesempatan.
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, 
itupun adalah kesempatan.
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, 
Bahkan dengan segala kekurangannya, 
itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang
walaupun apapun yang terjadi, 
itu adalah pilihan.
Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih 
banyak orang lain 
yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya 
daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, 
itulah pilihan. 

Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. 
Pilihan yang kita lakukan.
Berbicara tentang pasangan jiwa, 
ada suatu petikan dari filem yang mungkin kena dengan posting rini : 

"Takdir membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung
kepada kita bagaimana untuk membuat segalanya menjadi realiti"

Pasangan jiwa boleh benar-benar ada. 
Dan  kemungkinan itu memang ada bahawa ada
seseorang yang diciptakan hanya untukmu. 
Tetapi tetap berpulang padamu.
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin 
melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, 
(seperti kisah dongeng cinderella yang menemui jodohnya)
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa 
kita adalah pilihan yang harus kita lakukan.
Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang 
yang sempurna untuk dicintai 

TETAPI 

untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

"tiadalah sempurna cinta tanpa ada yang mencintai dan dicintai"

Tuesday, June 26, 2012

Oh Tuhan Siapakah Dia???

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 6:18 PM 0 SuRaT CiNta

Bertahun-tahun yang lalu, 
Aku berdoa kepada Tuhan untuk memberikan
pasangan hidup, 
"Engkau tidak memiliki pasangan kerana engkau tidak
memintanya", Tuhan menjawab. 
Tidak! Aku sudah meminta kepada Tuhan,
Aku menjelaskan kriteria pasangan yang kuinginkan. 
Aku menginginkan
pasangan yang baik hati, lembut, mudah mengampuni, 
hangat, jujur, penuh dengan damai dan sukacita, 
murah hati, penuh pengertian, bijak, lucu
penuh perhatian. 
Aku bahkan memberikan kriteria pasangan tersebut
sehingga dari bentuk fizikal iaitu rupa seperti yang selama ini kuimpikan. 

Seiring waktu berlalu,
Aku menambahkan doa dengan menambahkan lagi kriteria 
yang kuinginkan dalam pasanganku.
Suatu malam, dalam doa, Tuhan berkata dalam hatiku,
" Hamba-Ku, Aku tidak dapat memberikan apa yang engkau inginkan.
Aku bertanya,"Mengapa Tuhan?" 
dan DIA menjawab, 
" Kerana Aku adalah Tuhan dan Aku adalah Adil. 
Aku adalah Kebenaran dan segala yang Aku lakukan adalah benar."
Aku bertanya lagi, "Tuhan, aku tidak mengerti mengapa aku tidak
dapat memperoleh apa yang aku pinta dari-Mu?" 
Jawab Tuhan, "Aku akan menjelaskannya kepada-Mu, 
Adalah suatu ketidak adilan dan ketidak benaran bagi-Ku 
untuk memenuhi keinginanmu kerana Aku tidak dapat
memberikan sesuatu yang bukan seperti engkau.
Tidaklah adil bagi-Ku untuk memberikan seseorang 
yang penuh dengan cinta dan kasih kepadamu
jika terkadang engkau masih kasar,
atau memberikan seseorang yang pemurah tetapi engkau masih kejam, 
atau seseorang yang mudah mengampuni tetapi engkau sendiri 
masih suka menyimpan dendam,
seseorang yang sensitif, namun engkau sendiri tidak..."

Kemudian DIA berkata kepadaku lagi, 
"Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang 
yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala kesempurnaan
yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu
mencari seseorang yang sudah mempunyai semuanya itu. 
Pasanganmu akan berasal dari tulangmu dan dagingmu, 
dan engkau akan melihat dirimu sendiri di dalam dirinya 
dan kalian berdua akan menjadi satu.

Pernikahan adalah seperti sekolah - suatu pendidikan jangka panjang.
Pernikahan adalah tempat dimana engkau dan pasanganmu akan saling

menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati
antara satu sama lain, 
tetapi untuk menjadikan kamu manusia yang lebih baik, 
dan membuat suatu kerjasama yang amat kukuh. 
Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna 
kerana engkau tidak sempurna. 
Aku memberikanmu seseorang yang dapat tumbuh bersamamu.
Seperti pohon yang tumbuh bersama daunan, 
bungaan dan buahan yang akhirnya
memberi benih yang menghasilkan sebuah pohon yang baru lagi

Kisah ini saya kongsikan buat semua tidak kira yang sudah mendirikan
rumah tangga, yang belum mendirikan atau yang sudah tidak mendirikan
untuk menjadi renungan buat kita semua

seringkali kita bermohon untuk mencari yang sempurna
namun adakah kita cukup sempurna untuk semua permohonon?
ingatlah kehidupan ini tidak bermakna untuk mengejar kesempurnaan itu
tetapi hiduplah dengan sempurna ^_^
Oh Tuhan siapakah dia??? jodoh aku...hihi

Sunday, June 24, 2012

JiKa TuHaN MeMbeRi KaMu CinTa

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 4:55 PM 0 SuRaT CiNta

Ce : Mengapa awak menyukai saya ye?
Co : Saya tidak dapat memberikan alasannya.
Tetapi saya sangat menyukai awak

Ce : Awak tidak dapat memberikan alasan kepada saya
Bagaimana awak boleh senang-senang berkata menyukai saya?
Bagaimana awak dapat berkata kamu mencintai saya?

Co : Saya memang tidak tahu alasannya, 
tetapi saya dapat membuktikan bahawa saya mencintai awak.
Ce : Bukti? Tidak!
Saya mau awak menjelaskan alasannya.
Kekasih kawan saya dapat berkata kepada kawan saya
bahawa dia mencintai kawan saya, tetapi awak tidak dapat! hurh!

Co : Ok ok!!!
Hmm kerana awak cantik,
kerana suara awak sungguh merdu,
kerana awak penuh perhatian,
kerana awak amat mengasihi,
kerana awak bijaksana,
kerana senyum awak yang manis,
kerana setiap gerakan awak menarik hati,

Sayangnya, beberapa hari kemudian,
Ce(gadis) ditimpa accident dan mengalami koma.
Co(lelaki) kemudian meninggalkan sekeping surat di sisi Ce ,
dan isi surat tersebut terkandung seperti berikut:

Kekasihku,
Kerana suara awak yang merdu saya mencintai awak.
Sekarang dapatkah awak berbicara?
Tidak!
Oleh kerana itu saya tak dapat mencintai awak lagi.
Kerana awak penuh perhatian dan peduli
maka saya menyukai awak.
Sekarang kamu tidak dapat menunjukkannya,
oleh kerana itu saya tak dapat mencintai awak
Kerana senyum awak, kerana setiap gerakan awak
maka saya mencintai awak
Sekarang dapatkah awak tersenyum?
Dapatkah awak bergerak?
Tidak!
Kerana itu saya kini tak dapat mencintai awak..
Jika cinta memerlukan alasan,
seperti sekarang,
maka tidak ada alasan lagi bagi saya untuk mencintai awak lagi.
Apakah cinta memerlukan alasan?
TIDAK!
Oleh kerana itu, saya masih tetap mencintai awak
dan cinta tidak memerlukan alasan

pssst: Ketika mencintai seseorang
jangan pernah menyesal dengan apa yang pernah kamu lakukan
sesalilah terhadap apa yang tidak pernah kamu tidak lakukan.
Jika Tuhan memberi kamu cinta..
Dia akan memampukan engkau untuk dapat mengatasinya.

Saturday, June 23, 2012

Bagaimana memilih Lelaki Sejati???

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 7:17 PM 0 SuRaT CiNta

Aku bertanya pada Ibu, bagaimana memilih Lelaki Sejati ?
Ibu menjawab, Nak..........

Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja,
tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja,
tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari badannya yang 8 pax,
Tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang macho,
Tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
Tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja,
Tetapi dari bagaimana dia dihormati di dalam rumah

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja,
Tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
Tetapi dari hati yang ada disebalik itu

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yg memuja,
Tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan,
Tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya dia membaca kitab suci,
Tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca

Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci,
melainkan bukti yang pasti.
Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki!


Friday, June 22, 2012

CinTa iBaRat MeNaNti BaS?

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 6:39 PM 0 SuRaT CiNta


Cinta itu sama seperti orang yang sedang menunggu bas

Sebuah bas datang, dan kamu mengatakan,
"Wah..terlalu penuh, sempit, tak dapat duduk lah camni!
Aku tunggu bas berikutnya je lah."

Kemudian, bas berikutnya datang.
Kamu melihatnya dan berkata,
"Aduh bas nih buruk betul, tak bagus lah..takde mood naik.."

Bas seterusnya datang, cool dan kamu berminat,
tapi dia seakan-akan tidak melihat kamu dan pergi begitu saja.

Bas keempat berhenti di depan kamu.
Bas itu kosong, cukup bagus, tapi kamu mangatakan,
"aishhh takde air cond lah, panas!".
Kamu pun terus membiarkan bas keempat itu pergi.

Waktu terus berlalu,
kamu mulai sedar bahawa kamu akan lambat sampai  ke pejabat.
Ketika bas kelima datang,
kamu sudah tidak sabar,
kamu terus melompat masuk ke dalamnya.
Setelah beberapa lama, kamu akhirnya sedar bahawa kamu salah menaiki bis.
Bas tersebut tidak singgah ke destinasi yang kamu tuju!
Dan kau baru sedar bahawa kau telah mensiakan waktumu sekian lama.

Moral daripada cerita ini :
sering kali seseorang menunggu orang yang benar-benar 'ideal'
untuk menjadi pasangan hidupnya.
Padahal tidak ada orang yang 100% memenuhi keidealan kita.
Dan kamu pun sekali-kali tidak akan pernah mampu menjadi 100% sesuai
dengan keinginan dia. 
Tidak ada salahnya memiliki 'persyaratan' untuk 'calon',
tapi tidak ada salahnya juga memberi kesempatan kepada yang berhenti di
depan kita.

Tentunya dengan kehendak yang sama seperti yang kita tuju.
Apabila memang tidak sepadan, apa boleh buat kan??
tapi kamu masih dapat berteriak 'Kiri' ! dan keluar dengan sopan.
Maka memberi kesempatan pada yang berhenti di depanmu,
semuanya bergantung pada keputusanmu.

Daripada kita harus berjalan kaki sendiri menuju ke destinasi,
dalam menjalani hidup ini tanpa kehadiran orang yang dikasihi.
Cerita ini juga bererti,
kalau kebetulan kamu menemukan bas yang kosong,
kamu sukai dan boleh kamu percayai,
dan tentunya sesuai dengan kehendakmu,
kamu dapat berusaha sedaya upaya untuk menghentikan bas tersebut di
depanmu,
agar dia dapat memberi kesempatan kepadamu untuk masuk ke dalamnya.
Kerana menemukan pilihan seperti itu
adalah suatu berkah yang sangat berharga dan sangat bererti.
Bagimu sendiri, dan bagi dia.
Lalu bas seperti apa yang kamu tunggu? :-)

Sunday, June 17, 2012

KaLa SenJa BerLabuH

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 5:16 AM 0 SuRaT CiNta

~1~

‎"Seribu orang cuba mengarang puisi tentang cinta, 
tetapi tak seorang yang faham apa itu cinta, 
Seribu orang cuba menulis novel tentang cinta, 
tetapi tak seorang pun bercinta seperti novel yang dikarang, 
Seribu orang cuba mencari apa itu cinta, 
tetapi tak seorang pun menemukan jalan untuk bertemunya, 
Seribu orang cuba menghasilkan cinta, 
tetapi tak seorang pun mampu menanganinya, 
Seribu orang cuba untuk bertahan dengan cinta, 
tetapi cuma satu yang berjaya, CINTA ALLAH"

~2~

Seringkali aku memandu di perjalanan cinta
Namun akhirnya berderai di tengah jalan
Seringkali aku berlayar mencari cinta
Namun akhirnya berlabuh di tepian sepi
Seringkali aku terbang ke arah cinta
Namun akhirnya terhalang oleh panahan kilat
Seringkali aku menanti kedatangan cinta
Namun akhirnya aku pergi sebelum kedatangannya~

~kala termenung bersendiri~

Antara Cinta, Kekayaan, Kesombongan, Kesedihan, Kebahagiaan dan Waktu

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 4:47 AM 0 SuRaT CiNta


Alkisah, pada suatu masa, 
tersebutlah sebuah pulau  yang dihuni semua perasaan. 
Bermula dari kebahagiaan, kesedihan, cinta dan semua
perasaan lainnya. 
Semua perasaan ini berasa selesa tinggal di pulau ini. 
Namun,pada suatu hari, satu pengumuman telah dibuat, 
pulau tempat tinggal mereka akan tenggelam. 

Semua penghuni pulau disuruh menyiapkan dan memperbaiki perahunya,
lalu meninggalkan pulau itu. 
Semua perasaan pun mengikut arahan pengumuman.
Memperbaiki perahu dan menyiapkan segala yang diperlukan. 
Lalu segera meninggalkan pulau itu. 

Satu-satunya perasaan yang memutuskan untuk bertahan
dipulau itu adalah Cinta
Dengan segala kegigihan, Cinta mencuba bertahan di
pulau kediamannya. 
Pulau tersebut perlahan-lahan tenggelam. 
Ketika tinggal seluas tikar pulau itu, 
Cinta memutuskan untuk meminta tolong. 

Kekayaan melewati Cinta dengan perahunya yang megah.
”Kekayaan, bolehkah saya menumpang di kapalmu?”tanya Cinta.
”Wah, tak boleh! Di dalam kapal saya ada banyak emas, perak dan permata. 
Sama sekali tak ada tempat untukmu,”sahut Kekayaan dengan bongkak.

Saat itu Cinta melihat kesombongan
perasaan yang hanya memikirkan diri sendiri dan penampilan, 
melewati dengan kapal yang indah.
”sombong, tolonglah saya,” Cinta merayu~rayu.
”Saya tak boleh menolongmu, Cinta. Kamu basah kuyup. 
Perahuku akan rosak disebabkan kau,” sahut Vanity.

Kesedihan mendekati dan Cinta mencuba meminta tolong.
”Kesedihan, bolehkah saya mengikut kamu?”
”Oh… maaf, Cinta. Saya begitu sedih dan perlu bersendiri!” jawabnya.

Kebahagiaan mendekati dan Cinta seperti yang lain, 
cinta cuba memohon agar dapat menumpang di kapal Kebahagiaan. 
Tapi Kebahagiaan begitu bahagia sampai
sehingga mendengar kata-kata permohonan Cinta. 

Di saat Cinta merenung akan nasibnya yang malang
dan cuba untuk mencari akal,
tiba-tiba terdengar suara ....
Kemarilah Cinta. Kamu ikutlah saya”.
Yang memanggil cinta itu merupakan k“etua”. 
Cinta merasa sungguh gembira karena akhirnya
mendapat jemputan daripada ketua. 
Begitu gembira sehingga Cinta lupa bertanyakan
nama dewa penolongnya. 
Mereka akhirnya tiba di sebuah pulau. 
Sesudah perahu berlabuh di daratan,
 Cinta pun turun, 
ketua itu meneruskan perjalanannya. 

Cinta tersedar akan kesilapannya,
betapa dia terhutang budi pada ketua itu. 
Lalu bertanya kepada ketua lainnya yang
bernama Pengetahuan.
”siapa yang menolong saya tadi ya?”
“Namanya Waktu!” jawab Pengetahuan.
”Waktu?”tanya Cinta heran.
”Mengapa Waktu mahu menolong saya?”tanya Cinta lagi.
Pengetahuan menjawab sambil tersenyum penuh bermakna ...
”Kerana hanya Waktu yang mampu membuat 
kamu mengerti betapa besarnya Makna Cinta...

Hasil karya:Asep Yudha Wirajaya
Diolah semula: Seribu


Perasaan datang dan pergi
Perasaan itu berubah-ubah
Namun cinta tetap bertahan
dan tetap setia selamanya

Cinta merupakan satu~satunya
perasaan yang melahirkan kesanggupan
untuk bertahan,
gigih untuk bertahan sehingga ke penghujungnya,
Walau betapa berat kesulitan melanda
segalanya ditempuh dengan
suka dan duka

Seiring waktu yang berlalu
Suatu ketika kita akan mengerti
betapa besarnya nilai cinta
Cinta tidak pernah menyakitkan
Seandainya menyakitkan
itu bukanlah 
CINTA

MiMpi RaSuLuLLaH s.A.w

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 3:05 AM 0 SuRaT CiNta

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia 
terutamanya di waktu sedang tidur. 
Adakala mimpi itu buruk dan 
ada pula yang baik. 
Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca 
Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya,
ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. 
Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan 
sehingga membuat kita keluh kesah,
segeralah mengucap istighfar dan keampunan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan 
kadang-kadang ianya mainan tidur. 
Ulama-ulama dan wali Allah sering
dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur 
(seksa dan nikmat) melalui mimpi. 

Petikan dari sebuah hadis yang telah
disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani, 
Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin.

Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh
Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, 
maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, 
maka dia telah diselamatkan oleh kesan 
wuduknya.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh 
berkat zikrullah.

Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab 
maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab 
tersebut.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, 
setiap kali ia mendatangi sesuatu perigi, 
dihalang 
untuk meminumnya, 
maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, 
yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul,
setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, 
maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu
seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, 
di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, 
di 
atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. 
Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan
dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, 
akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu 
berbicara dengannya, 
maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
Wahai kaum Mukminin sambutlah 
bicaranya, 
lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api 
dan percikannya dari mukanya, 
maka segera datanglah pahala 
sedekahnya lalu melindungi 
muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang 
diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, 
maka menjelmalah Amar Makruf 
dan Nahimunkar 
seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka 
serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, 
antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, 
maka menjelmalah 
budi pekerti seraya memimpinnya 
sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, 
maka menjelmalah perasaan kasih kepada
Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, 
maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil lalu menekan
timbangan itu sehingga menjadi berat.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, 
maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa
Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, 
maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut
kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat 
manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun
yang ditiup angin, 
maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala 
lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan
mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, 
kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, 
maka 
menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu a
ku memimpin 
tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung 
titian itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, 
tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, 
maka menjelmalah 
penyaksiannya bahawa tiada Tuhan 
melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu 
untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, 
maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, 
maka Jibril 
menjawab: 
Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari.

Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, 
maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, 
maka 
Jibril menjawab: 
Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan 
terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan
tanpa bukti dan palsu.

sekian, wallahualam bishowab


 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review