




Sesungguhnya, kejujuran ibarat permata yang begitu mahal harganya dan sangat tinggi nilainya. Seperti itulah sikap jujur, nilainya sama seperti permata tersebut. Namun pada hakikatnya, sikap jujur adalah sikap yang apa adanya, sikap yang ada kesungguhan dan keikhlasan. Bersikap jujurlah pada diri sendiri dan sesama manusia walaupun kejujuran itu sukar untuk dilihat. Sesungguhnya kebahagiaan sebenar adalah lahir dari sebuah kejujuran.
"KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA"
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T
khaifa halukum?semoga pembaca-pembaci blog saya ni dalam keadaan sihat walafiat di samping semua insan yang tersayang ^_^v
wahhh...sudah lama blog daku ini tidak di-ngedate-kan...hihi
rindunya nak berblogging katakan
sempena bulan ramadhan ini...tiba2 rini jatuh sakit pula
al-maklum...badan tak kuat x makan scots emotion?yang macam dalam iklan
kanak2 menyanyi riang gembira tu
huhu
"ku gembira sentiasa,badan ku sihat dan kuat,biar panas atau sejuk ku bermain penuh riang.......hooray!"
Hihihi...apapun kepada semua sahabat...moga ceria selalu
dan semoga ramadhan ini memberi penuh makna bagi kita
ok...cukuplah daku membebel...marilah kita mulakan topik kita pada hari ini
ape nak cerita ni ya???
hurm...(setelah 1 jam (#_#))
ok...ya baru daku teringat...
sebagai seorang peminat puisi...daku ingin membincangkat sedikit sebanya mengenai puisi karya Jalaluddin Rumi
yang paling daku minati...:) daku mengenali puisi2 hasil karyanya sejak daku menonton filem
'ketika cinta bertasbih'
Jalaluddin rumi...bagi diriku merupakan seorang pemuisi dan karyawan yang sangat hebat kerana hasil karyanya memang betul2 menawan hati...menusuk hati...memanah hati ini...
Jalaluddin Rumi...bagi diriku...hasil karyanya sudah cukup membuktikan bahawa hasil karyanya itu dikarang bukan sahaja melalui minda+pemikiran+tangan...namun satu yang paling menyentuh dan penting ialah...kerana dia juga mengarang melalui mata hatinya
HASIL2 KARYA JALALUDDIN RUMI YANG DAKU MINATI
SETELAH SETAHUN KESUNYIAN
Tentang seseorang di pintu Sang Kekasih
dan mengetuk. Ada suara bertanya, “Siapa di sana?”
Dia menjawab, “Ini Aku.”
Sang suara berkata, “Tak ada ruang untuk Aku dan Kamu.”
Pintu tetap tertutup
Setelah setahun kesunyian dan kehilangan, dia kembali
dan mengetuk lagi. Suara dari dalam bertanya, “Siapa di sana?”
Dia berkata, “Inilah Engkau.”
Maka, sang pintu pun terbuka untuknya.
~ Jalaluddin Rumi
Pada pandangan diriku...puisi ini mengisahkan tentang seseorang yang menanti kehadiran insan untuk disayangi...dimiliki...dicintai...dan menjadi teman sejati pendamping hidup penyempurna hidup bukan saja buat duniawi malah ukhrawi...seseorang itu...yang menanti dalam penuh penyiksaan pabila datang insan yang ingin menjadi sang arjuna hati...namun hasratnya hancur berkecai kerana si dia yang pertama kali mengetuk pintu hatinya bukanlah dia yang dicari...namun,setelah sekian lama penantian itu berakhir kerana ia telah menemui dirinya...dirinya yang dimaksudkan bukanlah diri-nya namun dia menemui insan itu...sang arjuna hati yang bisa tuk dicintai-mencintai,menyayangi-disayangi,mengasihi-dikasihi,sehingga dia mampu menemui dirinya yang sebenarnya dalam diri kekasih hati
sekian,andai kata tafsiran ku penuh dengan khilaf maka tunjukkanlah pada jalan yang sebetulnya lurus.
selain puisi di atas...terdapat beberapa lagi karya Jalaluddin Rumi yang daku paparkan untuk para pembaca sekalian...:) hope enjoy :- (*_^) wink2
SAATNYA UNTUK PULANG
Malam larut, malam memulai hujan
inilah saatnya untuk kembali pulang.
Kita sudah cukup jauh mengembara
menjelajah rumah-rumah kosong.
Aku tahu: teramat menggoda untuk tinggal saja
dan bertemu orang-orang baru ini.
Aku tahu: bahkan lebih pantas
untuk menuntaskan malam di sini bersama mereka,
tapi aku hanya ingin kembali pulang.
Sudah kita lihat cukup destinasi indah
dengan isyarat dalam ucap mereka
Inilah Rumah Tuhan. Melihat
butir padi seperti perangai semut,
tanpa ingin memanennya. Biar tinggalkan saja
sapi menggembala sendiri dan kita pergi
ke sana: ke tempat semua orang sungguh menuju
ke sana: ke tempat kita leluasa melangkah telanjang.
~ Jalaluddin Rumi.
RUMAH
Jika sepuluh orang ingin memasuki sebuah rumah, dan
hanya sembilan yang menemukan jalan masuk, yang
kesepuluh mestinya tidak mengatakan, “Ini sudah takdir
Tuhan.”
Ia seharusnya mencari tahu apa kekurangannya.
~ Jalaluddin Rumi
DIMENSI LAIN
Dunia tersembunyi memiliki awan dan hujan,
tetapi dalam jenis yang berbeza.
Langit dan cahaya mataharinya, juga berbeza.
Ini nampak nyata,
hanya untuk orang yang berbudi halus –
mereka yang tidak tertipu oleh kesempurnaan dunia yang semu.
~ Jalaluddin Rumi
RAHASIA YANG TAK TERUNGKAP
Apapun yang kau dengar dan katakan (tentang Cinta),
Itu semua hanyalah kulit.
Sebab, inti dari Cinta adalah sebuah
rahasia yang tak terungkapkan.
PUASA MEMBAKAR HIJAB
Rasa manis yang tersembunyi,
Ditemukan di dalam perut yang kosong ini!
Ketika perut kecapi telah terisi,
ia tidak dapat berdendang,
Baik dengan nada rendah ataupun tinggi.
Jika otak dan perutmu terbakar karena puasa,
Api mereka akan terus mengeluarkan ratapan dari dalam dadamu.
Melalui api itu, setiap waktu kau akan membakar seratus hijab.
Dan kau akan mendaki seribu derajat di atas jalan serta dalam hasratmu.
"SELAMAT BERPUASA-SERIKANDI IBTISAM^_^"
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh...
Hikmah Untuk Kita Semua I
1. Tiga perkara yang mesti dijauhi:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
" Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya."
2. Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
"Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."
3. Lima macam yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan:
Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud : "Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu : Mereka mencintai kepada dunia dan lupa kepada akhirat. Mereka mencintai kepada kehidupan dan lupa kepada kematian. Mereka cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan. Mereka cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan di akhirat. Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah."
4. Cantiknya iman dan amal soleh:
Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:
"Ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih baik dari keduanya: Beriman kepada Allah. Memberi manfaat kepada muslimin. Dan ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari keduanya : Mensyirikkan Allah. Menyakiti kaum muslimin."
5. Jalan untuk dicintai orang yang dicintai:
Dari Usman ra yang bermaksud : "Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum muslimin maka dia akan dicintai oleh mereka."
6. Tiga yang menyelamatkan, tiga yang membinasakan, tiga yang boleh mengangkat darjat dan tiga pula yang boleh menghapuskan dosa:
Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud "Ada tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal yang boleh membinasakan, serta ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada tiga perkara pula yang menghapuskan dosa. Ada pun yang boleh menyelamatkan itu ialah : Takut kepada Allah SWT pada masa bersembunyi dan berterang-terangan. Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya. Tetap adil ketika senang dan marah.
Ada pun hal-hal yang boleh membinasakan ialah : Amat bakhil. Memperturutkan nafsu. Merasa hairan melihat kehebatan dirinya. Dan ada pun perkara-perkara yang meninggikan darjat : Menyebarkan ucapan salam. Suka memberi makan. Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur. Sedangkan hal-hal yang mampu menghapuskan dosa ialah : Tetap menyempurnakan solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk. Melangkah kaki ke tempat di adakan solat jemaah. Suka menunggu kedatangan solat."
7. Enam perkara yang asing bila berada di enam tempat:
Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang
dipandang asing di enam tempat, iaitu : Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya. Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."
8. Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan:
Rasulullah saw telah berpesan, yang bermaksud : " Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan".
9. Menuju kesempurnaan akal, ilmu dan sumber rezeki:
Umar ra berkata yang bermaksud : "Pandai mengasihi orang setengah daripada akal. Pandai bertanya setengah daripada ilmu dan pandai merancang setengah daripada sumber rezeki".
10. Tiga jenis manusia yang akan mendapat perlindungan Allah SWT di hari Kiamat:
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: " Ada tiga orang yang akan diberi perlindungan oleh Allah SWT di hari kiamat nanti : Orang yang tetap berwuduk pada waktu-waktu yang sulit. Orang yang berjalan ke masjid untuk menunaikan solat pada malam-malam yang gelap iaitu solat Maghrib dan Isyak. Orang yang suka memberi makanan kepada orang yang kelaparan."
11. Sunnah Allah, sunnah para rasul-Nya dan sunnah para wali-Nya:
Dari Ali ra yang bermaksud: "Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah dan sunnah para rasulnya dan sunnah para walinya, maka dia dipandang tidak ada nilai sedikit pun. Lalu dia ditanya: Apakah sunnah Allah itu? Jawabnya, menyembunyikan rahsia. Lalu dia ditanya lagi: Apakah sunnah rasul? Jawabnya, berlaku lembut di antara sesama manusia. Kemudian dia ditanya lagi: Apakah sunnah para wali. Jawabnya, menjauhkan gangguan dari kaum muslimin".
12. Orang-orang yang dahulu yang hidup sebelum kita mereka saling berpesan tentang tiga perkara dan saling kirim mengirim
( sebagai nasihat :Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupkan baginya akan perkara agamanya dan perkara dunianya. Dan siapa yang membaguskan niatnya yang tersembunyi, maka Allah membaguskan keadaannya yang nyata.
Dan siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah memperbaiki hubungannya dengan semua manusia.
Ikhtibar Untuk Kita Semua
Dibawah ini ada satu cerita buat renungan kita bersama...
Disatu perkampungan bernama Al-Manzalah di bandar Mansurah Mesir baru-baru ini lahirlah seorang bayi. Dengan kehendak Allah bayi tersebut lahir dalam keadaan telapak tangannya yang bercantum. Berusahalah doktor untuk memisahkannya, tetapi tidak berjaya. Maka hebohlah di kampung tersebut sehingga orang ramai datang untuk memberikan pertolongan. Akhirnya seorang penduduk mencadangkan agar dipanggil ulamak untuk membantu. Setelah didoakan dan dijampikan oleh ulamak tersebut, maka telapak tangan bayi tersebut boleh dibuka. Satu peristiwa yang menghairankan berlaku iaitu sebaik sahaja telapak tangan itu dibuka, terpaparlah sepotong ayat Al-Quran Surah Al-Qomar (pangkal ayat 1) di telapak tangan bayi tersebut. Ayat tersebut bermaksud : " Telah hampirlah saat itu ( hari kiamat ) ". Orang ramai yang hadir pada masa tersebut mendapat satu iktibar yang sangat berguna yang boleh menginsafkan sesiapa sahaja yang beriman agar segera kembali kepada cara hidup yang diredai oleh Allah SWT, selagi ada kesempatan yang diberi.
Nauzubillahi Min Zalik...
AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review