Pages

Friday, May 14, 2010

SeJaRaH TaMaDuN IsLaM:PePeRaNgaN

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 7:57 AM
assalamua'laikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang dimuliakan...semoga tersenyum selalu ^_^.alhamdulillah...syukur kita kepada tuhan kerna dilimpahkan nikmat yang x sudah2. oleh itu, dalam kesempatan ini serikandi ingin berkongsi serba sedikit maklumat/info secara ringkas berkenaan nota sejarah tamadun islam terutama bagi mereka yang menuntut dalam tingkatan 6 :) semoga nota ringkas ini memberi manfaat.

Nama Perang : Perang Badar Kubra

Tarikh : 17 MAC 624 M (17 Ramadhan 2 H dalam takwim Islam)

Tempat : Badar, 80 batu (130 km) barat daya dari Madinah

Hijaz dari barat Semenanjung Arab (Arab Saudi masa-kini)

Pihak terlibat : Muslim dari Madinah dan Quraisy dari Makkah


Tokoh-tokoh :

  1. Hamzah bin Abdul Mutallib
  2. Abu Bakar as-Siddiq
  3. Umar al-Khattab
  4. Ali bin Abu Talib
  5. Ubaidah (syahid)


Peristiwa :

Ø (musim bunga) 624M, Nabi Muhammad s.a.w terima khabar bahawa kafilah dagangan yang diketuai Abu Sufyan & dikawal oleh 30-40 orang, telah bertolak dari Syria kembali ke Makkah

Ø Kafilah tersebut didana dengan duit yang ditinggalkan kaum Muslimin ketika berhijrah ke Madinah.

Ø Pihak Quraisy menjual semua barangan mereka dan menggunakan duit tersebut untuk menaja kafilah tersebut untuk mempermain-mainkan pihak Muslimin.

Ø Nabi Muhammad mengumpulkan kekuatan seramai 313 orang.

Ø Ap/bl kafilah menghampiri Madinah, Abu Sufyan mendengar dari pengembara dan musafir tentang rancangan penyerangan Muhammad.

Ø Dia menghantar seorang utusan bernama Damdam ke Makkah untuk memberi amaran kepada puak Quraisy dan mendapatkan bantuan.

Ø Setelah mengetahuinya, pihak Quraisy mengumpulkan tentera seramai 900-1000 orang untuk menyelamatkan kafilah tersebut. Kebanyakan bangsawan Quraisy, termasuklah Amr ibn Hishām, Walid ibn Utba, Shaiba, dan Umaiyyah bin Khalaf, menyertai tentera tersebut.

Ø Sebabnya adalah pelbagai: sesetengahnya untuk melindungi bahagian harta mereka; ada pula yang ingin membalas dendam untuk Ibn al-Hadrami, pengawal yang terbunuh di Nakhlah; akhirnya, beberapa yang lain menyertai kerana menyangka mereka akan menang mudah menentang tentera Muslim. Amr ibn Hishām dikatakn telah memujuk sekurang-kurangnya seorang bangsawan, Umaiyyah bin Khalaf, menyertai ekspedisi itu.

Ø Ketika itu, tentera Muhammad telah tiba di telaga iaitu tempat dicadangkan untuk menahan kafilah, di Badar, sepanjang jalan dagang Syria iaitu tempat jangkaan kafilah akan berhenti.

Ø Walau bagaimanapun, beberapa orang Muslim ditemui oleh orang dari kafilah tersebut dan Abu Sufyan melencong ke Yanbu


Keputusan : kemenangan muktamad bagi tentera islam

Tentera islam= 313 orang Tentera Quraisy=1000 orang



Nama perang : Perang Uhud

Tarikh : Tahun ke-3 hijrah

Tempat : Sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud

Pihak Terlibat : Tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy

Tokoh-tokoh :

  1. Tentera Islam

Hamzah bin Abdul Mutallib (syahid) Ibnuz-Zubair

Abu Bakar as-Siddiq Abu Dujanah (syahid)

Umar al-Khattab Abu Talhah bin Obaidullah

Ali bin Abu Talib Ummu ‘Umarah (syahid)

Saad bin Abi Waqas Anas bin Nadhir (syahid)

  1. Tentera Quraisy+sekutunya

Peristiwa :

  1. Punca

Ø Peperangan ini dimulai oleh orang kafir untuk melakukan balas dendam terhadap kekalahan mereka di Perang Badar.

  1. Akibat

Ø Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy.

Ø Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan.

Ø Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.

Ø Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka.

Ø Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari.

Ø Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.

Ø Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya.

Ø Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.

Keputusan :

Tentera Islam berundur iaitu 70/700 orang terkorban manakala Tentera Kafir Quraisy memenangi peperangan dengan 23/3000 orang terkorban.



Nama Perang : Perang Ahzab/ Perang Khandak (parit)

Tarikh : Bulan Syawal tahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi

Tempat : Madinah

Pihak Terlibat : Orang Islam dan Quraisy+sekutunya

Tokoh-tokoh :

  1. Tentera Islam

Ø Abu Sufyan Ibni Harb

  1. Tentera Quraisy

Ø

Peristiwa :

Ø Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab.

Keputusan : Kemenangan bagi pihak Islam




Nama Perang : Perang Tabuk

Tarikh : Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 630 M)

Tempat : Tabuk (padang pasir)

Pihak terlibat : Tentera Islam dan Tentera Rom

Tokoh-tokoh :

  1. Tentera Islam

Ø Nabi Muhammad s.a.w (pemimpin)

  1. Tentera Rom :

Ø Panglima Satria Hercules (pemimpin)

Peristiwa :

  1. Sebab

Ø Empayar Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat ketika itu dan selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu berasa mereka perlu mengembangkan pengaruhya sehingga ke negeri-negeri Arab. Disamping itu mereka mendapat khabar yang memberitakan sebuah kerajaan baru yang digelar Islam sedang mula meluaskan sayapnya di seluruh tanah Arab. Lalu Maharaja Rom berhasrat besar untuk menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Muhammad ketika itu. Rasulullah telah mendapat berita berkenaan keinginan Maharaja Rom itu. Kaum Islam ketika itu tidak berhasrat sama sekali untuk mengadakan pertempuran dengan kerajaan Rom kerana mereka berhasrat untuk meneruskan kehidupan harmoni dan tenteram di bawah pemerintahan Rasulullah. Walau bagaimanapun kaum Muslimin perlulah bersiap siaga dalam menghadapi apa-apa propaganda dari musuh Islam.

2. Akibat

Ø Kaum Islam telah bersiap sedia dengan 30,000 bala tentera termasuk 10,000 dari angkatan berkuda

Ø Rasulullah bersama angkatan tetera Islammengadakan 'perjanjian perdamaian' dgn penduduk di sekitar Tabuk, Rasulullah memberi jaminan keamanan kepada penduduk Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam+berbuat jahat. Setelah itu seorang penguasa Ilah (sebuah kawasan berdekatan Tabuk) yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian bersama Rasulullah. Beliau sanggup membayar jizyah. Kesanggupan menerima keselamatan dan bersedia membayar jizyah juga diterima baik oleh penduduk Jarba dan Azruh. Rasulullah juga turut menghantar surat tawaran tersebut kepada setiap kawasan di sekitar Tabuk.

Ø Hasilnya kekuatan tentera Islam di Tabuk semakin utuh dan kental. Rasulullah berjaya menyekat kemaraan tentera Rom di bawah pimpinan Panglima Satria Hercules, hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar antaranya:

Ø Benteng wilayah Tabuk yang semakin kebal akibat kekuatan pihak Islam

Ø Tentera Islam berperang atas jalan Allah dan bukan semata-mata menguatkan pengaruh dan meluaskan kuasa

Ø Bantuan tentera Allah melalui pengutusan Malaikat. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk. Mereka telah digentarkan oleh Malaikat {dianggarkan sebanyak 100,000 malaikat} yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah.

Ø Hal tersebut segera mematahkan perasan tentera Rom untuk memerangi Islam

Keputusan : Kemenangan besar bagi tentera islam tanpa sebarang pertumpahan darah

disediakan oleh:serikandi'10


0 SuRaT CiNta:

Post a Comment

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review