Pages

Friday, March 8, 2013

WaNiTa LeBiH SeTia berbanding LeLaKi

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 7:09 AM



Yang Pertama:

HARI KELMARIN


Aku dan Kamu tidak mampu untuk


 mengubah apa pun yang telah terjadi.

Aku dan Kamu tidak mampu untuk


menarik perkataan yang telah terucapkan.

Aku dan Kamu tidak mungkin 


lagi menghapus kesilapan lalu
dan mengulangi kenangan manis yang dirasakan kemarin.

Biarkan hari kemarin berlalu;

Lepaskan saja...


Yang kedua:
HARI ESOK

Hingga mentari esok hari terbit,

Aku dan Kamu tidak tahu apa yang bakal terjadi.

Aku dan Kamu tidak mampu menetapkan esok hari.



Aku dan Kamu tak mungkin gembira atau sedih esok hari.

Esok hari belum tiba;



Biarkan saja...



Yang tersisa kini hanyalah :
HARI INI

Pintu masa lalu telah tertutup.

Pintu masa depan pun belum tentu akan tiba.

Tentukan saja diri kamu untuk hari ini.

Kamu dapat mengerjakan  banyak perkara hari ini

Bila kamu mampu memaafkan hari kelmarin

Dan melepaskan ketakutan akan esok hari.



Hiduplah hari ini.
Kerana, masa lalu dan masa depan hanyalah permainan hidup yang rumit.


Hiduplah apa adanya.
Kerana yang ada hanyalah hari ini...


Perlakukanlah setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat,
Meski mereka berlaku buruk pada kamu


Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini,
kerana mungkin esok hari cerita sudah silih berganti.


Ingatlah bahwa kamu menunjukkan penghargaan pada
orang lain bukan kerana siapa mereka,


 tetapi karena siapakah diri kamu sendiri


Oleh itu wahai temanku...


 jangan biarkan masa lalu membelenggumu
Atau masa depan membuatmu gusar


Lakukan yang terbaik HARI INI !
Dan lakukan SEKARANG juga !


Oh Ada apa dengan kesetiaan???


1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.
10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.


Sumber Dipetik daripada:
Copyright@MyNewsHub

0 SuRaT CiNta:

Post a Comment

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review