Pages

Saturday, June 18, 2011

SuRaTaN HiDuP

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 2:52 AM
ke mana harus kaki ini melangkah
tanah mana yang sudi menerima diri yang penuh khilaf
padamu Allah ku menadah kalimah
mutiara pecah berderai-derai dari celah mata yang
banyak ditipu dengan keindahan fatamorgana
yang penuh racun
penuh duri dalam sepanjang ranjau kehidupan


ke mana harus kaki ini melangkah
insan mana yang sudi menerima diri yang terbuang
padamu Allah ku menadah kalimah
tiada henti untaian tasbih dialun pada jari dan tangan
yang seringkali digoda hawa nafsu dan syaitan
untuk melakukan apa
yang seharusnya dijauhi sejauhnya


oh bulan yang redha menerima cahaya daripada mentari
kerana akur pada aturan mu Allah
oh mentari yang akur memberi cahayanya buat menyinar sejagat dunia
kerana redha pada aturan mu Allah
oh dunia yang sudi memberi tempat pada ku khalifah mu Allah
kerana ingin memberi peluang bagiku untuk menjadi insan yang bisa mentadbir dunia
pada jalan yang penuh kebenaran...ketulusan...
kerana inilah suratan buatku dari tuhan yang mencipta daku
ALLAH

namun, harus bagaimanakah ku jalani hidup ini
andai manusia yang bertopeng begitu banyak menyertai pentas hidupku di dunia
berderai-derai mutiara mengalir tanpa mengira harga
yang harus dibayar untuk sebutir mutiara
kerana mutiara sudah tiada harga saat hidup ini
penuh dosa dan penuh khilaf
dan...
dibanjiri manusia yang sering
menyakiti...
menipu...
memperdaya...
memperguna...

oh Allah mana perginya aturan hidup yang biasa menyinar bahagia
apakah ini sudah menjadi suratan hidup aku
agar sakit seperti matahari yang sakit menahan bahangnya
untuk memberi cahaya yang menyinar dunia

suratan hidup
-serikandi_ibtisam-

0 SuRaT CiNta:

Post a Comment

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review