Pages

Sunday, June 24, 2012

JiKa TuHaN MeMbeRi KaMu CinTa

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 4:55 PM

Ce : Mengapa awak menyukai saya ye?
Co : Saya tidak dapat memberikan alasannya.
Tetapi saya sangat menyukai awak

Ce : Awak tidak dapat memberikan alasan kepada saya
Bagaimana awak boleh senang-senang berkata menyukai saya?
Bagaimana awak dapat berkata kamu mencintai saya?

Co : Saya memang tidak tahu alasannya, 
tetapi saya dapat membuktikan bahawa saya mencintai awak.
Ce : Bukti? Tidak!
Saya mau awak menjelaskan alasannya.
Kekasih kawan saya dapat berkata kepada kawan saya
bahawa dia mencintai kawan saya, tetapi awak tidak dapat! hurh!

Co : Ok ok!!!
Hmm kerana awak cantik,
kerana suara awak sungguh merdu,
kerana awak penuh perhatian,
kerana awak amat mengasihi,
kerana awak bijaksana,
kerana senyum awak yang manis,
kerana setiap gerakan awak menarik hati,

Sayangnya, beberapa hari kemudian,
Ce(gadis) ditimpa accident dan mengalami koma.
Co(lelaki) kemudian meninggalkan sekeping surat di sisi Ce ,
dan isi surat tersebut terkandung seperti berikut:

Kekasihku,
Kerana suara awak yang merdu saya mencintai awak.
Sekarang dapatkah awak berbicara?
Tidak!
Oleh kerana itu saya tak dapat mencintai awak lagi.
Kerana awak penuh perhatian dan peduli
maka saya menyukai awak.
Sekarang kamu tidak dapat menunjukkannya,
oleh kerana itu saya tak dapat mencintai awak
Kerana senyum awak, kerana setiap gerakan awak
maka saya mencintai awak
Sekarang dapatkah awak tersenyum?
Dapatkah awak bergerak?
Tidak!
Kerana itu saya kini tak dapat mencintai awak..
Jika cinta memerlukan alasan,
seperti sekarang,
maka tidak ada alasan lagi bagi saya untuk mencintai awak lagi.
Apakah cinta memerlukan alasan?
TIDAK!
Oleh kerana itu, saya masih tetap mencintai awak
dan cinta tidak memerlukan alasan

pssst: Ketika mencintai seseorang
jangan pernah menyesal dengan apa yang pernah kamu lakukan
sesalilah terhadap apa yang tidak pernah kamu tidak lakukan.
Jika Tuhan memberi kamu cinta..
Dia akan memampukan engkau untuk dapat mengatasinya.

0 SuRaT CiNta:

Post a Comment

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review