Pages

Friday, June 22, 2012

CinTa iBaRat MeNaNti BaS?

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 6:39 PM


Cinta itu sama seperti orang yang sedang menunggu bas

Sebuah bas datang, dan kamu mengatakan,
"Wah..terlalu penuh, sempit, tak dapat duduk lah camni!
Aku tunggu bas berikutnya je lah."

Kemudian, bas berikutnya datang.
Kamu melihatnya dan berkata,
"Aduh bas nih buruk betul, tak bagus lah..takde mood naik.."

Bas seterusnya datang, cool dan kamu berminat,
tapi dia seakan-akan tidak melihat kamu dan pergi begitu saja.

Bas keempat berhenti di depan kamu.
Bas itu kosong, cukup bagus, tapi kamu mangatakan,
"aishhh takde air cond lah, panas!".
Kamu pun terus membiarkan bas keempat itu pergi.

Waktu terus berlalu,
kamu mulai sedar bahawa kamu akan lambat sampai  ke pejabat.
Ketika bas kelima datang,
kamu sudah tidak sabar,
kamu terus melompat masuk ke dalamnya.
Setelah beberapa lama, kamu akhirnya sedar bahawa kamu salah menaiki bis.
Bas tersebut tidak singgah ke destinasi yang kamu tuju!
Dan kau baru sedar bahawa kau telah mensiakan waktumu sekian lama.

Moral daripada cerita ini :
sering kali seseorang menunggu orang yang benar-benar 'ideal'
untuk menjadi pasangan hidupnya.
Padahal tidak ada orang yang 100% memenuhi keidealan kita.
Dan kamu pun sekali-kali tidak akan pernah mampu menjadi 100% sesuai
dengan keinginan dia. 
Tidak ada salahnya memiliki 'persyaratan' untuk 'calon',
tapi tidak ada salahnya juga memberi kesempatan kepada yang berhenti di
depan kita.

Tentunya dengan kehendak yang sama seperti yang kita tuju.
Apabila memang tidak sepadan, apa boleh buat kan??
tapi kamu masih dapat berteriak 'Kiri' ! dan keluar dengan sopan.
Maka memberi kesempatan pada yang berhenti di depanmu,
semuanya bergantung pada keputusanmu.

Daripada kita harus berjalan kaki sendiri menuju ke destinasi,
dalam menjalani hidup ini tanpa kehadiran orang yang dikasihi.
Cerita ini juga bererti,
kalau kebetulan kamu menemukan bas yang kosong,
kamu sukai dan boleh kamu percayai,
dan tentunya sesuai dengan kehendakmu,
kamu dapat berusaha sedaya upaya untuk menghentikan bas tersebut di
depanmu,
agar dia dapat memberi kesempatan kepadamu untuk masuk ke dalamnya.
Kerana menemukan pilihan seperti itu
adalah suatu berkah yang sangat berharga dan sangat bererti.
Bagimu sendiri, dan bagi dia.
Lalu bas seperti apa yang kamu tunggu? :-)

0 SuRaT CiNta:

Post a Comment

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review