Pages

Saturday, June 23, 2012

Bagaimana memilih Lelaki Sejati???

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 7:17 PM

Aku bertanya pada Ibu, bagaimana memilih Lelaki Sejati ?
Ibu menjawab, Nak..........

Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja,
tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja,
tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.


Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari badannya yang 8 pax,
Tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang macho,
Tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
Tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja,
Tetapi dari bagaimana dia dihormati di dalam rumah

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja,
Tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
Tetapi dari hati yang ada disebalik itu

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yg memuja,
Tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan,
Tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya dia membaca kitab suci,
Tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca

Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci,
melainkan bukti yang pasti.
Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki!


0 SuRaT CiNta:

Post a Comment

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review