Pages

Thursday, June 28, 2012

Resipi Kuih Cinta 3 Rasa: HALAL punya

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 4:51 PM

Bahan :
1 lelaki segar cukup syarat,
1 perempuan segar cukup syarat 4 (seperti dianjur agama),
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Perasa :
1 potong besar lawak,
25 gr senaman,
1 bungkus doa,
2 kotak hp untuk menelefon,
5 ulas ibadah/hari
(Semuanya diaduk hingga merata dan mengembang).

Cara Memasak :
1. Laki-laki dan perempuan dicuci bersih, buang semua masa lalunya
sehingga tersisa niat yang murni.
2. Siapkan loyang yang telah disaluti dengan komitmen dan restu orang
tua secara merata.
3. Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api
merata sekitar 30 minit di depan wali da saksi.
4. Biarkan di dalam loyang tadi dan taburkan dengan perasanya.
5. Kuih siap dinikmati.

Tips memasak :
1. Pilih lelaki dan perempuan yang benar-benar matang dan seimbang.
2. Pastikan empat syarat cukup dalam memilih bahan~bahan yang berkualiti 
(sebaiknya dibeli di tempat~tempat seperti masjid,majlis ilmu iaitu
bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)
3. Jangan beli di pasar yang bernama DISCO atau PARTY kerana
walaupun kualiti luaran bagus dan harum baunya tapi kualiti dalaman amat buruk kerana
mengandungi khasiat yang tidak sihat dan zat pewarna yang berbahaya untuk kesihatan.
4. Gunakan Kasih sayang cap "HALAL" yang telah mendapatkan pengesahan dari JAKIM

Catatan :
Kuih ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling best kalau
dinikmati lepas baru keluar dari oven sebab masih hangat terasa. 
Tetapi kalau sudah dingin, 
sila tambahkan lagi lawak segar secukupnya, 
senaman sesuai dengan citarasa, 
serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan 
lagi di dalam oven bernama tempat "Tempat Ibadah".
Lepas rasa hangat itu datang, jangan lupa Calling2 bila berjauhan.

Selamat mencuba, dijamin semuanya halal! hahax

0 SuRaT CiNta:

Post a Comment

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review