Pages

Saturday, June 16, 2012

shhhhh CiNta DaLaM DiaM (Selamat Hari Bapa: I Love You)

HaSiL BeBeLLaN serikandi_ibtisam at 11:04 AM
Semoga video ini mampu mengajar hati kita
untuk mengerti akan sebuah pengorbanan

Seorang ayah tidak pernah mengharapkan
balasan wang ringgit daripada anaknya
sebagai nilaian membesarkan mereka.
Bagi mereka asalkan anak itu menyayangi
dan menghormatinya sebagai insan yang membesarkan
mereka sudah memadai.

Secara nalurinya, seorang ayah akan gembira
jika memiliki seorang anak yang menghargai pengorbanannya
walaupun itu bukan pintanya.
Malah lebih mengharukan hati seorang ayah,
jika anak itu memberitahu dia ingin mencontohi ketabahan
dirinya yang bekerja dengan cekal dan sabar demi keluarga.

Bagaimanapun, kurang kemesraan seorang ayah
dengan anaknya telah menyebabkan kebanyakan
mereka lebih mesra dengan ibu berbanding ayah.
Sikap semula jadi seorang lelaki yang keras hati dan ego
mungkin menjadi punca hubungan
yang kurang akrab di antara anak dan ayah.
Namun itu bukanlah penghalang untuk
cinta dan kasih terus memekar

Happy Father's Day
To all Daddy
especially to my beloved dad
Ibrahim

0 SuRaT CiNta:

Post a Comment

 

AkU PeReMpUaN BiAsA Template by Haidanitazzi Blogger Template | Gadget Review